5 Android TV Box Bawah RM300 Yang "Lulus" Google Dan Netflix

Sejak kebelakangan ini, penggunaan Android Box sudah semakin popular dalam kalangan pengguna di Malaysia. Bagi yang masih keliru, Android TV Box secara asasnya sebuah kotak Android yang "menaiktaraf" televisyen di rumah anda.

Adakala, TV pintar di rumah tidak begitu berkuasa, disebabkan itu juga ramai yang memilih Android Box ini untuk upgrade TV tersebut.

Melaluinya, anda boleh menikmati pelbagai perkhidmatan langgan seperti Netflix, Disney+ Hotstar, Amazon Prime dan banyak lagi.

Namun, ada Android TV Box yang tidak menerima kelulusan daripada Google. Jadi, ini adalah 5 Android TV Box bawah RM300 dan mempunyai pengesahan Google serta Netflix.

{snap}

Xiaomi Mi Box S (RM228.88)




Kotak TV Android daripada Xiaomi ini memang cukup popular di Malaysia. Selain harganya yang mampu milik, ia menyokong resolusi 4K@60fps, HDR, Dolby Audio dan DTS.

Menjalankan Android 9.0, ia turut dilengkapi storan sebesar 8GB dan memori 2GB RAM. Juga mempunyai sambungan USB sekiranya anda mahu menggunakannya.

Beli di Shopee

{snap}

Chromecast Gen-4 (RM268)




Dalam banyak-banyak Android TV Box, Chromecast ini memang unik kerana rekaannya cukup minimalis dan sangat kompak. Jangan khuatir, peranti ini dibangunkan sendiri Google dan menjalankan Google TV OS.

Hadir dengan sokongan resolusi 4K, HDR10, HDR10+, Dolby Vision, Dolby Digital, Dolby Atmos dan Dolby Digital Plus.

Dimuatkan storan 8GB dan memori 2GB RAM, ia juga mempunyai sambungan kuasa USB-C.

Beli di Shopee

{snap}

Xiaomi Mi TV Stick (RM139)




Selain Chromecast yang kecil, sebenarnya ada lagi kecil daripada itu. Ia digelar Mi TV Stick. Namun, ia bukanlah paling berkuasa.

Sesuai dengan harganya, ia hanya menyokong resolusi 1080p, Dolby dan DTS. Ia turut menjalankan Android 9.0.

Beli di Shopee

{snap}

Tivo Stream 4K (RM200)




Tivo Stream merupakan salah satu jenama yang baik juga dalam industri Android TV Box. Ia menawarkan 8GB storan serta 2GB RAM, menjalankan Android 9.0, resolusi 4K@60fps, HDR, HDR10, Dolby Vision, Dolby Digital, Dolby Atmos dan DTS.

Ia juga menggunakan sambungan USB-C, HDMI 2.0 dan Micro USB.

Beli di Shopee

{snap}

Mecool KM2 (RM245)




Mungkin ada yang rasa kelakar apabila mendengar namanya, tapi Mecool adalah antara nama yang baik dan padu.

Ia dilengkapi 8GB storan, 2GB RAM dan menjalankan Android 10. Turut menyokong resolusi 4K, HDR10+, HDR, Dolby Digitalm Dolby Digital Plus dan Dolby Atmos.

Dari segi sambungan, ia mempunyai 2x USB 3.0, port ethernet, slot microSD dan HDMI 2.1.

Beli di Shopee

Berkaitan