Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Siri OPPO Find X2 Kini Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM3999

Posted on Mac 10, 2020

Diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran global pada minggu lalu, OPPO Malaysia tidak menunggu lama untuk membawanya ke pasaran tempatan.

Diumumkan secara penstriman dalam talian, siri tersebut menyediakan dua model iaitu Find X2 dan Find X2 Pro. Harga jualan untuk model ini ditetapkan pada nilai RM3999 untuk Find X2 sementara versi Pro pula didagangkan pada harga RM4599.

OPPO Find X2 Pro

Kedua-duanya berkongsi beberapa spesifikasi sama seperti ukuran paparan, 6.7 inci Super AMOLED. Ia dikuatkan lagi dengan kadar penyegaran 120Hz serta dilindungi Corning Gorilla Glass 6.

OPPO Find X2

Dibahagian dalaman pula, ia memperlihatkan penggunaan Snapdragon 865 yang akan memberi keupayaan 5G untuk siri flagship tersebut.

Tidak cukup dengan itu, OPPO turut menyediakan sokongan pengecasan pantas SuperVOOC 65W, dimana bateri 4260mAh mampu dicas penuh dalam hanya 38minit sahaja.

Untuk spesifikasi penuh, boleh lanjutkan bacaan anda disini – Siri OPPO Find X2 Rasmi – Dilengkapi Pengecasan Pantas 65W Dan Skrin 120Hz

Bagi pra-tempah siri OPPO Find X2, anda boleh klik pada pautan ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress