Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI Power 2000

DJI Perkenal Power 2000, Stesen Kuasa Mudah Alih Sokong Kapasiti Sehingga 22,528Wh

Diterbitkan Julai 8, 2025 · Dikemas kini Julai 8, 2025 oleh ariff bukhari

DJI memperkenalkan DJI Power 2000, sebuah stesen kuasa mudah alih berkapasiti tinggi untuk kegunaan rumah, aktivit luar seperti berkhemah serta produksi filem & TV.

Dengan kapasiti 2048Wh dalam saiz kompak, ia dapat dicas hingga 80% hanya dalam 55 minit, serta boleh dipertingkatkan kapsitinya sehingga 22,528Wh dengan 10 bateri tambahan.

DJI Power 2000

Power 2000 mampu memberi output berterusan 3000W, mencukupi untuk menghidupkan hampir semua peralatan rumah.

Ia dilengkapi pelbagai port (AC, USB-C, USB-A) untuk mengecas banyak peranti serentak dengan menyokong pengecasan dari grid, solar, kereta, atau gabungan (hibrid) dengan kecekapan tinggi.

Fungsi UPS juga memastikan bekalan kuasa tanpa gangguan walaupun berlaku gangguan bekalan kuasa.

DJI Power 2000
DJI Power 2000 dilengkapi bateri LFP dengan lebih 4,000 kitaran,
DJI Perkenal Power 2000, Stesen Kuasa Mudah Alih Sokong Kapasiti Sehingga 22,528Wh

Power 2000 juga boleh dikawal jarak jauh melalui aplikasi DJI Home bagi memantau status dan mengawal parameter secara mudah.

DJI Power 2000 dilancarkan dengan harga bermula USD1,099 (~RM 5,470).

Beli DJI Power 2000 dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmt6cc
  • Lazada – https://invl.me/clmt6ci

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • MSI Lancar NVIDIA GeForce RTX 5050, GPU Bajet Dalam 3 Siri
  • RedMagic 10s Pro Dengan Snapdragon 8 Elite Leading Version Dijual Pada Harga Permulaan RM3,499

Sumber: DJI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY