Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
redmagic 10s pro

RedMagic 10s Pro Dengan Snapdragon 8 Elite Leading Version Dijual Pada Harga Permulaan RM3,499

Diterbitkan Julai 8, 2025 oleh Amsyar Latif

RedMagic baru-baru ini melancarkan telefon pintar gaming terbaru mereka, RedMagic 10s Pro. Direka khusus untuk peminat permainan mudah alih, peranti ini menampilkan cip pemprosesan Snapdragon 8 Elite Leading Version, sistem penyejukan ICE-X yang dipertingkat serta paparan AMOLED 144Hz bersaiz 6.85 inci dengan kadar pensampelan sentuhan 2500Hz. Ia turut dilengkapi RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 512GB, menawarkan prestasi tinggi untuk permainan berat.

RedMagic 10s Pro hadir dengan sistem penyejukan 10 lapisan termasuk bilik wap terbesar dalam industri dan kipas terbina dalam berputar sehingga 23,000 RPM. Bateri 7050mAh menyokong pengecasan pantas 80W serta fungsi Bypass Charging untuk penggunaan tanpa gangguan ketika mengecas.

RedMagic 10s Pro Dengan Snapdragon 8 Elite Leading Version Dijual Pada Harga Permulaan RM3,499
RedMagic 10s Pro Dengan Snapdragon 8 Elite Leading Version Dijual Pada Harga Permulaan RM3,499

Fungsi ‘butang’ bahu menggunakan teknologi ultrasonik pula memberikan kawalan responsif dan boleh disesuaikan untuk pengalaman permainan konsol. Sistem kamera tiga lensa 50MP menawarkan prestasi fotografi yang baik tanpa mengorbankan rekaan nipis peranti.

RedMagic 10s Pro Dengan Snapdragon 8 Elite Leading Version Dijual Pada Harga Permulaan RM3,499

RedMagic 10s Pro kini boleh diprapesan di Malaysia dengan harga RM3,499 bagi varian 12GB+256GB (Nightfall) dan RM4,399 bagi varian 16GB+512GB (Moonlight atau Dusk).

Setiap prapesan menerima kipas RedMagic Cooler VC 5 Pro secara percuma selagi stok masih ada. Semua unit disertakan dengan waranti tempatan selama 18 bulan oleh ZTE Malaysia.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • REDMAGIC 10 Air Dengan Dua Cip Fokus 'Gaming' Dijual Pada Harga Bermula RM2,699
  • Siri ROG Xbox Ally Dengan Windows 11 Dan UI Khusus Dilancar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY