Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
siri Nothing PHONE (3a)

Siri Nothing Phone (3a) Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM1,699

Diterbitkan Mac 7, 2025 · Dikemas kini Mac 7, 2025 oleh ariff bukhari

Selepas dilancarkan peringkat global, Nothing akhirnya melancarkan dua  model terbaru telefon pintar mereka bagi siri Phone (3a) dengan melancarkan Nothing Phone (3a) dan Nothing Phone (3a) Pro di Malaysia.

Siri Phone (3a) menerima naik taraf dengan tiga kamera di belakang dengan kamera utama 50MP yang dari Samsung dan panel kaca (Panda Glass) yang lebih baik serta ketahanan yang lebih lasak di mana ia kini menerima pengiktirafan IP64.

Antara spesifikasi utama siri Nothing Phone (3a) adalah seperti berikut:

  • RAM 12GB dengan storan 256GB,
  • bateri 5000mAh yang menyokong pengceasan pantas 50W,
  • tersedia dengan NothingOS 3.1 dan Android 15,
  • dipacu Qualcomm Snapdragon 7s Gen 3,
  • skrin 6.77 inci AMOLED dengan kadar segar 120Hz,
  • sokong 2 kad SIM nano dan eSim serta NFC.
Nothing PHONE 3a
Varian warna dan rupa bagi Nothing Phone (3a).
Nothing PHONE 3a Pro
Varian warna dan rekaan kamera utama bagi Nothing Phone (3a) Pro.

Selain daripada pilihan warna dan reka bentuk fizikal kamera belakang yang berbeza, perbezaan paling ketara antara siri Phone (3a) ini adalah dari aspek spesifikasi kameranya.

Untuk model Nothing Phone (3a), ia dilengkapi kamera hadapan 32MP dari Samsung dan tetapan kamera belakang telefoto 50MP dari Samsung.

Manakala Nothing Phone (3a) Pro dilengkapi kamera hadapan 50MP dari Samsung dan tetapan kamera belakang Periskop 50MP dari Sony.

Harga jualan rasmi bagi Nothing Phone (3a) adalah RM1,699 dan Nothing Phone (3a) Pro pula berharga RM1,999.

Beli telefon pintar Nothing dari platform:

  • Shopee – https://invl.io/clmjkq2
  • Lazada – https://invol.co/clmjkqi

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • MacBook Air Baharu Kini Rasmi - Cip M4, Harga Bermula RM4,499
  • HONOR Watch 5 Ultra Buat Kemunculan Di MWC 2025, Dijana MagicOS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY