Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Watch 5 Ultra

HONOR Watch 5 Ultra Buat Kemunculan Di MWC 2025, Dijana MagicOS

Diterbitkan Mac 6, 2025 · Dikemas kini Mac 6, 2025 oleh ariff bukhari

HONOR membuat kejutan di pameran antarabangsa MWC 2025 apabila mengumumkan jam pintar terbaru bagi siri HONOR Watch 5 dengan melancarkan versi HONOR Watch 5 Ultra.

Ia merupakan jam tangan pintar premium baharu yang menampilkan reka bentuk berkontur yang unik dan rangka diperbuat daripada aloi titanium gred 5, material yang sama seperti digunakan pada Apple Watch Ultra 2.

Dilengkapi skrin AMOLED 1.5 inci dengan teknologi LTPO dan kadar penyegaran 60Hz, ia menyokong fungsi AOD serta mempertingkat jangka hayat bateri.

Dimuatkan dengan bateri berkapasiti 480mAh, Honor mendakwa ia mampu bertahan sehingga 15 hari bagi penggunaan biasa.

HONOR Watch 5 Ultra 1

Antara ciri yang bakal menarik perhatian pengguna nanti ialah Quick Health Scan menawarkan gambaran kesihatan menyeluruh dengan pantas, serta ciri Healthy Morning Report menyerupai fungsi Body Battery yang ada pada jam tangan Garmin.

Malah HONOR Watch 5 Ultra turut menyokong platform Android dan iOS.

Bagaimanapun, Watch 5 Ultra tidak menggunakan sistem Wear OS, sebaliknya dijana oleh MagicOS milik Honor.

Walaupun tarikh pelancarannya belum diumumkan, tetapi harga rasmi HONOR Watch 5 Ultra akan dijual pada harga €279 di Eropah (~RM1,300).

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • HONOR Watch 5 Dan EarBuds Open Kini Tersedia Di Malaysia
  • Skrin Komputer Riba Lenovo Ini Boleh Dilipat 2
  • Apple Lancar Mac Studio Baharu - Mac Paling Berkuasa Pernah Dihasilkan

Sumber: TechRadar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY