Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Infinix Hot 60

Siri Infinix HOT 60 Kini Di Malaysia, Sokong Komunikasi Tanpa Rangkaian Mudah Alih

Diterbitkan Julai 10, 2025 ยท Dikemas kini Julai 10, 2025 oleh Amsyar Latif

Infinix secara rasmi melancarkan siri telefon pintar terbaru, siri Infinix HOT 60, yang terdiri daripada HOT 60 5G dan HOT 60i, untuk pasaran Malaysia bermula 10 Julai 2025. Kedua-dua model ini menampilkan reka bentuk yang nipis dan bergaya, paparan 6.7 inci dengan kadar segar semula 120Hz, serta sokongan AI menyeluruh yang memfokuskan kepada kemudahan penggunaan harian, prestasi permainan, dan kecekapan tenaga.

infinix hot 60 5G

Model HOT 60 5G dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7060 dan disasarkan kepada pengguna yang inginkan prestasi tinggi, termasuk pengalaman permainan lancar dan jangka hayat bateri panjang. Manakala HOT 60i dilengkapi cip Helio G81 Ultimate serta bateri 5160mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W.

Infinix Hot 60i

Siri ini turut memperkenalkan butang fizikal Adaptive One-Tap AI yang mengaktifkan pembantu suara Folax, serta pelbagai ciri AI lain seperti AI Sketch to Image, AI Summary, dan AI Vogue Portraits.

Siri Infinix HOT 60 juga menyokong ciri perkongsian pintar seperti NFC Touch Transfer dan UltraLink Free Call untuk komunikasi tanpa rangkaian mudah alih.

HOT 60 Series KV

Kedua-dua peranti mempunyai penarafan IP64 untuk ketahanan debu dan percikan air. Ditawarkan pada harga RM599 (HOT 60 5G) dan RM499 (HOT 60i), model ini tersedia secara dalam talian dan fizikal. Pelanggan juga boleh mendapatkan HOT 60 5G secara percuma dengan langganan pelan UNI5G Postpaid daripada Unifi Mobile, tertakluk kepada terma dan syarat.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY