Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
XPAD 20 Launch KV

Infinix XPAD 20 Kini Rasmi, Harga Bermula RM599

Diterbitkan Julai 8, 2025 oleh Amsyar Latif

Tablet ini direka khusus untuk pelajar dan pengguna muda, menampilkan paparan 11 inci FHD+ dengan teknologi Eye Care serta kadar segar semula 90Hz. Dikuasakan cip MediaTek Helio G88 dan menyokong 4G LTE, ia turut hadir dengan RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 256GB, serta boleh dikembangkan sehingga 1TB.

Ciri-ciri pintar berasaskan AI seperti pembantu suara Folax, penterjemah masa nyata, penyelesai kerja rumah dan pengenalan teks menjadikan XPAD 20 alat yang berguna untuk pembelajaran dan produktiviti. Fungsi kolaborasi merentas peranti juga membolehkan pengguna menyegerakkan tablet dengan telefon atau komputer riba secara mudah.

XPAD 20 Infographic

XPAD 20 akan mula dijual pada 8 Julai 2025 dengan harga RM599 (6+128GB) dan RM799 ( 8+256GB) melalui kedai rasmi Infinix di TikTok Shop serta pengedar sah di seluruh negara. Pembeli turut menerima hadiah percuma seperti penutup tablet atau papan kekunci, bergantung pada varian. Tiga warna ditawarkan – Stellar Grey, Forest Green dan Dreamy Purple.

Berkaitan

  • Infinix GT 30 Pro Kini Di Malaysia Dengan Skrin 144Hz, RAM 12GB, Harga Bermula RM1,299
  • Cincin Pintar Pertama Infinix Kini Di Malaysia Pada Harga RM499
  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY