Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
infinix ai ring

Cincin Pintar Pertama Infinix Kini Di Malaysia Pada Harga RM499

Diterbitkan Jun 5, 2025 ยท Dikemas kini Jun 5, 2025 oleh Amsyar Latif

Jenama teknologi Infinix melancarkan Infinix AI Ring, peranti boleh pakai pintar yang menggabungkan teknologi AI, ciri pemantauan kesihatan, dan rekaan minimalis. Dengan berat hanya 3.7 gram, cincin ini direka untuk memberikan maklumat kesihatan secara masa nyata sambil kekal ringan dan bergaya.

Cincin ini memantau pelbagai indikator kesihatan seperti kadar denyutan jantung, tahap oksigen dalam darah, pola tidur, dan tahap tekanan.

Disebabkan ia dipakai di jari, bacaan biometrik dikatakan lebih tepat berbanding peranti di pergelangan tangan. AI Ring juga memberikan maklum balas yang diperibadikan mengikut tabiat pengguna.

Reka bentuknya tahan air dan sesuai untuk gaya hidup aktif, dengan jangka hayat bateri 5 hingga 7 hari bagi setiap pengecasan. Ia turut hadir dengan bekas pengecas lut sinar yang berfungsi sebagai tempat penyimpanan mudah alih.

Ciri tambahan termasuk kawalan pintar menggunakan gerakan jari, membolehkan pengguna mengawal kamera, muzik, atau peranti rumah pintar tanpa menyentuh telefon. AI Ring juga menyokong auto-logging aktiviti seperti berjalan, berlari, berbasikal dan yoga, serta menyelaras dengan aplikasi Infinix Health dan ekosistem AIoT lain.

infinix ai ring

Ditawarkan dalam warna hitam dan emas, Infinix AI Ring dijual pada harga RM499 dan boleh didapati di kedai rasmi Infinix di Shopee, Lazada, TikTok Shop, serta cawangan fizikal seluruh negara. Setiap pembelian disertakan jaminan 12+1 bulan.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Telefon Pertama Dengan Bau Wangi? Infinix NOTE 50X & 50S 5G Kini Di Malaysia
  • Infinix GT 30 Pro Kini Di Malaysia Dengan Skrin 144Hz, RAM 12GB, Harga Bermula RM1,299

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY