Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei watch gt 7

Siri HUAWEI WATCH GT 7 Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM1,199

Diterbitkan September 29, 2026 oleh Amsyar Latif

Huawei Malaysia secara rasmi melancarkan siri HUAWEI WATCH GT 7 untuk pasaran tempatan, terdiri daripada WATCH GT 7 dalam saiz 46mm dan 41mm serta WATCH GT 7 Pro.

HUAWEI WATCH GT 7 dijual pada harga RM1,199, manakala WATCH GT 7 Pro ditawarkan pada harga RM1,499.

Antara pembaharuan utama ialah Diabetes Risk Study, iaitu inisiatif penyelidikan yang diketuai Universiti Malaya. Fungsi ini menggunakan isyarat gelombang nadi daripada sensor PPG bersama maklumat seperti umur, jantina, ketinggian dan berat badan untuk menilai potensi risiko diabetes selepas tiga hingga 14 hari pemakaian berterusan.

Huawei menegaskan penilaian tersebut tidak berfungsi sebagai diagnosis diabetes, sebaliknya bertujuan meningkatkan kesedaran dan menggalakkan pengguna mendapatkan nasihat profesional apabila diperlukan.

huawei watch gt 7_1

Siri ini turut memperkenalkan Physical Readiness Score, selain menyokong pemantauan tidur, kesejahteraan emosi, kesihatan wanita dan analisis aktiviti. WATCH GT 7 Pro pula menambah fungsi ECG serta Arterial Stiffness Assessment.

Bagi aktiviti luar, siri ini dilengkapi AI-XDR Positioning, Smart Route Reconstruction, sokongan peta luar talian dan import laluan GPX. Model Pro turut menawarkan fungsi golf lanjutan serta sokongan selaman bebas sehingga 40 meter.

Kesemua model menggunakan paparan AMOLED dengan kecerahan puncak sehingga 3,000 nits.

Dari segi bateri, WATCH GT 7 Pro dan GT 7 46mm menawarkan penggunaan sehingga 21 hari dalam keadaan penggunaan ringan, manakala versi 41mm mampu bertahan sehingga 14 hari.

Sempena pelancaran, pembeli layak menerima rebat RM100 sehingga 31 Oktober 2026, selain hadiah percuma bernilai sehingga RM713.

huawei watch gt 7_2

Berkaitan

  • Jam Pintar HUAWEI Pilihan No.1 Di Malaysia Dan Global
  • Huawei Perkenal Seni Bina Peerium, Gabung Jutaan Pemproses Jadi Satu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY