Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Perkenal Seni Bina Peerium, Gabung Jutaan Pemproses Jadi Satu

Huawei Perkenal Seni Bina Peerium, Gabung Jutaan Pemproses Jadi Satu

Diterbitkan September 18, 2026 · Dikemas kini September 18, 2026 oleh ariff bukhari

Huawei memperkenalkan Peerium Computing Architecture, seni bina pengkomputeran  yang  membolehkan pemproses pada skala jutaan unit beroperasi sebagai satu komputer tunggal.

Seni bina ini dibangunkan untuk memenuhi keperluan era kecerdasan buatan (AI) yang semakin menuntut kuasa pengkomputeran berskala besar.

Peerium menggunakan pendekatan nested parallelism, unified memory addressing, dan peer interconnect bagi memastikan kelancaran komunikasi antara pemproses.

Ia juga memecahkan paradigma Turing dengan memperkenalkan konsep Nested BSP (Nested Bulk Synchronous Parallel), melangkaui model tradisional von Neumann dan master–slave.

Komponen utama ialah UnifiedBus (UB), bas berkelajuan tinggi dengan protokol terbuka yang menghubungkan CPU, NPU, memori, SSD, NIC dan suis.

Produk generasi pertama yang dipacu cip pemroses ini termasuk Atlas 950 SuperPoD dan SuperClusters.

Huawei Perkenal Seni Bina Peerium, Gabung Jutaan Pemproses Jadi Satu

Huawei mendedahkan bahawa sistem dengan 256,000 kad sudah beroperasi, manakala Atlas 960 dengan teknologi optik hampir siap diuji.

Selain itu, Huawei memperkenalkan Hi-ONE, enjin optik NPO pertama dengan sumber cahaya terbina dalam, menawarkan kapasiti 7.2 TB/s.

Menurut Pengerusi Bergilir Huawei, Eric Xu, Peerium akan menjadi asas kepada latihan dan inferens AI, menjadikan kuasa pengkomputeran lebih mudah diakses.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • HUAWEI Umum Mate XT 2 Ultimate Design, Telefon Pintar Pertama Guna Cip LogicFolding Tau Berharga ~RM11,599
  • Honor Lancar MagicOS 11, Ini Senarai Peranti Yang Disokong Setakat Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY