Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IMAGE 1

Huawei WATCH FIT 5 Pro Jadi Alat Kajian Risiko Diabetes Di Malaysia

Diterbitkan Mei 21, 2026 · Dikemas kini Mei 21, 2026 oleh ariff bukhari

Huawei Consumer Business Group (CBG) Malaysia dan Universiti Malaya (UM) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) pada 19 Mei 2026 bagi menjalankan Kajian Risiko Diabetes menggunakan teknologi jam tangan pintar HUAWEI WATCH FIT 5 Pro.

Kolaborasi ini menandakan langkah pertama antara Huawei dan UM dalam memperkukuh inovasi kesihatan pencegahan di Malaysia melalui penyelidikan berasaskan teknologi boleh pakai.

Inisiatif penyelidikan selama dua tahun yang diketuai Profesor Dr. Lim Lee Ling dari Universiti Malaya akan mengkaji bacaan glukosa darah menggunakan teknologi boleh pakai dalam jam tangan pintar Huawei, sekali gus memperkukuh peranan peranti pintar dalam inovasi penjagaan kesihatan pencegahan.

IMAGE 2 (2)

Patrick Ru, Pengarah Negara Huawei CBG Malaysia, menegaskan bahawa teknologi Huawei bukan sekadar kemudahan, tetapi alat untuk meningkatkan kesedaran dan kesejahteraan rakyat.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, pengguna HUAWEI WATCH FIT 5 Pro akan menjadi antara yang pertama mendaftarkan minat mereka untuk menyertai kajian ini, dengan butiran lanjut mengenai penyertaan dijangka akan diumumkan oleh Universiti Malaya kemudian.

Siri HUAWEI WATCH FIT 5 yang baru dilancarkan dan sudah mula dijual pada harga RM799 dengan tawaran awal termasuk baucar diskaun bernilai sehingga RM150.

IMAGE 3 (1)
Pelanggan juga akan menerima hadiah dan ganjaran percuma eksklusif bernilai sehingga RM585, termasuk HUAWEI FreeBuds SE 2, Waranti APAC 1 Tahun, Keahlian HUAWEI Health+ selama 3 bulan dan Keahlian HUAWEI Watch Face selama 1 bulan.

Beli HUAWEI WATCH FIT 5 Series dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clnfxwt
  • Lazada – https://invl.me/clnfxwx

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • HUAWEI WATCH GT Runner 2 Kini Di Malaysia - Jam Tangan Pintar Untuk Pelari, Harga RM1,499
  • Huawei Lancar Jam Tangan Bernilai RM17,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY