Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HUAWEI WATCH Ultimate Design Spring Edition

Jam Pintar HUAWEI Pilihan No.1 Di Malaysia Dan Global

Diterbitkan September 15, 2026 · Dikemas kini September 15, 2026 oleh ariff bukhari

Huawei terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran peranti boleh pakai global apabila dinobatkan sebagai jenama jam tangan pintar No. 1 dunia bagi separuh pertama tahun 2026.

Berdasarkan laporan IDC Quarterly Wearable Device Tracker, Huawei mencatat lebih 20% pegangan pasaran global, menandakan dominasi kukuh dalam segmen jam tangan pintar.

IMAGE 1 (8)
Barisan model jam pintar HUAWEI yang tersedia di pasaran memenuhi pelbagai kategori pengguna.

Sejak 2021, Huawei konsisten menduduki tangga teratas di pasaran China dan mengekalkan momentum global sejak 2024.

Kejayaan ini didorong oleh strategi produk yang matang serta ekosistem menyeluruh yang menyatukan kesihatan, sukan dan gaya hidup digital.

Huawei bakal melancarkan jam pintar terbaru Watch GT 7 Series pada 29 September ini, pengguna dijangka menikmati reka bentuk premium, ketahanan bateri luar biasa dan fungsi kesihatan yang lebih pintar.

Pencapaian ini membuktikan bahawa jam tangan pintar Huawei yang menggabungkan teknologi, gaya dan keselesaan tetap menjadi pilihan utama dalam pasaran yang sengit.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Siri HUAWEI Watch Kids X1 – Jam Pintar Kanak-Kanak Dijual Pada Harga Bermula RM999
  • Peranti Penjejak Kesihatan Tanpa Skrin Makin Popular, Huawei, Xiaomi Dan Apple Kekal Kuasai Pasaran

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY