Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei-watch-ultimate-design-gift-box-mob copy

HUAWEI Watch GT 4 Dilancar Bersama Watch Ultimate Design Dengan Harga RM13,999

Diterbitkan Oktober 5, 2023 · Dikemas kini Oktober 5, 2023 oleh ariff bukhari

HUAWEI Malaysia sebentar tadi secara rasminya melancarkan jam pintar terbaru, Siri HUAWEI WATCH GT 4 untuk pasaran Malaysia.

Tersedia dalam saiz 46mm dan 41mm, HUAWEI WATCH GT 4 menampilkan keanggunan dan kecanggihan melalui estetika geometri baharu.

Dicipta dengan mengutamakan keselesaan optimum pemakai, siri HUAWEI WATCH GT 4 dibina dengan bahan premium dan bahagian luar metalik yang bergaya.

Siri HUAWEI WATCH GT 4 menawarkan pilihan warna yang berbeza bagi tali untuk kedua-dua edisi 46mm dan 41mm.

Setiap edisi hadir dengan Sarung Keluli Tahan Karat yang unik, direka dengan teliti dengan perhatian terhadap perincian dan menawarkan jam tangan yang diperibadikan memenuhi citarasa dan pilihan yang pelbagai.

HUAWEI WATCH GT 4
HUAWEI WATCH GT 4

HUAWEI WATCH GT 4 dalam 46mm didatangkan dalam empat jalur warna berbeza – Kelabu dengan Tali Keluli Tahan Karat Bersepadu, Hijau dengan Tali Tenunan Hijau, Perang dengan Tali Kulit Coklat dan Hitam dengan Tali Fluoroelastomer Hitam.

Manakala HUAWEI WATCH GT 4 41mm pula didatangkan dalam tiga jalur warna berbeza – Perak dengan Gelang Kunci Piano Dua tona, Putih dengan Tali Kulit Putih dan Hitam dengan Tali Fluoroelastomer Hitam.

HUAWEI WATCH GT 4
HUAWEI WATCH GT 4 41mm
HUAWEI WATCH GT 4
HUAWEI WATCH GT 4 46mm dengan Tali Kulit Coklat.

Siri HUAWEI WATCH GT 4 ini berharga dari RM1,099 untuk berwarna akan tersedia untuk pra-pesanan mulai 5 Oktober 2023 di semua Gedung Pengalaman HUAWEI, laman rasmi HUAWEI dan Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee di mana pelanggan akan layak mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM580 selepas pembelian dibuat dari 5 Oktober 2023 sehingga 13 Oktober 2023.

harga HUAWEI WATCH GT 4
harga HUAWEI WATCH GT 4

Malah pada 8 Oktober 2023 nanti, Shopee akan mengadakan kempen Super Brand Day di mana pengguna boleh menikmati tawaran eksklusif pada tali fluoroelastomer hitam HUAWEI WATCH GT4 46mm dan tali perak HUAWEI WATCH GT4 41mm secara eksklusif di Shopee dan Produk HUAWEI terpilih yang lain.

Lihat spesifikasi penuh jam pintar Siri HUAWEI WATCH GT 4 di laman rasmi Huawei Malaysia.

Selain itu, dalam pelancaran ini juga, Huawei turut mengumumkan jam pintar premium HUAWEI Watch Ultimate Design yang hadir dengan material emas 18 karat.

huawei-watch-ultimate-design-introduction-watch copy
Material yang digunakan bagi bezel HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN menggunakan emas 18K gold dan seramik nanokristal. Malah butang dan Crown jam ini juga menggunakan emas 18K dan aloi titanium.

HUAWEI Watch Ultimate Design akan berada di pasaran bermula pada 14 Oktober 2023 akan datang yang berharga RM13,999.

Berkaitan

  • HUAWEI WATCH GT 4 Series Dilancar - GPS Lebih Tepat, Bateri Tahan Lebih Lama
  • Pixel Watch 2 Diumum - 3 Sensor Baharu, Ciri Keselamatan, Skrin Lebih Tahan Lasak
  • Apple Watch Gen-1 Kini Produk Usang, Tapi Berpotensi Bernilai Ratusan Ribu Ringgit

(Beli pelbagai produk Huawei dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY