Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pixel Watch 2_1

Pixel Watch 2 Diumum – 3 Sensor Baharu, Ciri Keselamatan, Skrin Lebih Tahan Lasak

Diterbitkan Oktober 4, 2023 oleh Amsyar Latif

Google dalam acara hari ini mengumumkan jam tangan pintar terbaru mereka menerusi Pixel Watch 2.

Rekaannya dinaiktaraf dengan kaca skrin yang lebih tahan lasak meskipun ia diperbuat daripada 100% aluminium yang dikitar semula.

Pixel Watch 2_3
Pixel Watch 2_2
Pixel Watch 2_5

Di dalam terbinanya cip pemproses 4 teras yang prestasinya dipertingkatkan disamping jangka hayat bateri mampu bertahan sehingga 24 jam dengan sekali cas.

Terdapat juga ciri keselamatan baharu yang dinamakan ‘Safety Check’. Ia berfungsi untuk berkongsi lokasi dengan kenalan sewaktu kecemasan sekiranya pemasa telah tamat.

Pixel Watch 2_7

Selain itu, tiga sensor baharu hadir bersama Pixel Watch 2 – body response (atau pantau stress), suhu kulit dan penjejak kadar degupan jantung yang mana Google mendakwa 40% lebih tepat .

Seiring dengan Pixel Watch 2 lagi, aplikasi Fitbit diberi nafas baharu dan juga hadir dengan ciri AI.

Pixel Watch 2 dijual pada tanda harga USD349 untuk variasi WiFi dan USD399 untuk selular.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY