Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Watch (1st generation)

Apple Watch Gen-1 Kini Produk Usang, Tapi Berpotensi Bernilai Ratusan Ribu Ringgit

Diterbitkan Oktober 5, 2023 · Dikemas kini Oktober 5, 2023 oleh ariff bukhari

Dalam laman sesawang rasmi mereka, Apple telah menyenaraikan jam pintar generasi pertama, Apple Watch 38mm dan 42mm yang telah diumumkan pada September 2014 dahulu sebagai peranti usang.

Ini bermakna, ia sudah berusia lebih daripada 7 tahun. Apple dengan jelas menyatakan bahawa sesebuah produk mereka dianggap vintaj apabila ia berhenti edaran untuk jualan lebih daripada 5 dan kurang daripada 7 tahun yang lalu.

Apple akan menghentikan perkhidmatan perkakasan dan kemas kini perisian untuk produk mereka yang sudah usang.

Apple Watch (1st generation)
Apple Watch Gen-1 dilancarkan di pasaran bermula April 2015 dahulu.

Walaubagaimanapun, tidak bermakna Apple Watch gen-1 ini tidak bernilai lagi. Ini kerana, jika anda masih ingat, iPhone generasi pertama yang tidak pernah dibuka dari kotaknya pernah dilelong pada nilai USD63,356.40 (~RM281,239) pada awal tahun ini.

Kemudiannya, dalam tahun ini juga iaitu pada Julai baru-baru ini, lagi seunit iPhone generasi pertama yang juga masih belum dibuka kotaknya telah berjaya dilelong pada harga USD190,372.80 (~RM867,148).

Berikut adalah senarai Apple Watch yang telah disenaraikan sebagai produk usang:-

  • Apple Watch (1st generation), 38mm
  • Apple Watch (1st generation), 42mm
  • Apple Watch Edition (1st generation), 38 mm
  • Apple Watch Edition (1st generation), 42 mm
  • Apple Watch Hermes (1st generation), 38 mm
  • Apple Watch Hermes (1st generation), 42 mm
  • Apple Watch Series 2, Aluminium (2nd generation), 38mm
  • Apple Watch Series 2, Aluminium (2nd generation), 42mm
  • Apple Watch Series 2, Stainless Steel (2nd generation), 38 mm
  • Apple Watch Series 2, Stainless Steel (2nd generation), 42 mm
  • Apple Watch Sport (1st generation), 38 mm
  • Apple Watch Sport (1st generation), 42 mm
  • Apple Watch Stainless Steel (1st generation), 38 mm
  • Apple Watch Stainless Steel (1st generation), 42 mm

Berkaitan

  • iPhone Generasi Pertama 'Pecah Rekod' Dengan Harga Bidaan Lebih RM800,000
  • Harga Langganan Internet Fibre Unifi Turun, Pelanggan Sedia Ada Terima Naik Taraf Percuma
  • Anda Pelanggan Unifi? Ini Cara Semak Kelayakan Naik Taraf Kelajuan Percuma

Sumber: Apple

(Beli pelbagai produk Apple yang asli dari stor rasmi wakil-wakil penjual sah Apple di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY