Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR X9d No 1 Best Selling Smartphone In Malaysia

Siri HONOR X Kuasai Pasaran Kelas Pertengahan Malaysia

Diterbitkan September 22, 2025 oleh Amsyar Latif

Sejak 2022, siri HONOR X telah berkembang daripada pendatang baharu kepada peneraju pasaran kelas pertengahan di Malaysia. Fokus terhadap ketahanan menjadikan model seperti HONOR X9a dengan skrin melengkung tahan lasak, HONOR X9b yang mencatat jualan tertinggi, dan HONOR X9c 5G yang digelar “Raja Tahan Jatuhan” pilihan utama pengguna.

Keberhasilan ini terbukti melalui penguasaan pasaran yang kukuh. Pada 2023, siri HONOR X menguasai sekitar 33% pasaran tempatan, dan angka itu melonjak kepada 55% menjelang 2025. Statistik tersebut bermakna setiap dua telefon pintar kelas pertengahan yang terjual di Malaysia, salah satunya datang daripada siri X.

Meneruskan momentum itu, HONOR kini memperkenalkan HONOR X9d 5G, sebuah peranti yang membawa tiga teknologi pertama dunia. Ia hadir dengan Pensijilan Prestasi Premium Ketahanan Tiga Kali Ganda SGS, perlindungan IP69K untuk tahan air dan debu tahap tinggi, serta bateri 8300mAh yang mana kapasiti terbesar dalam pasaran ketika ini.

Pelancaran rasmi HONOR X9d 5G akan berlangsung pada 24 September 2025, jam 3 petang melalui siaran langsung di Facebook HONOR Malaysia.

Berkaitan

  • HONOR Magic V5 - 'Foldable' Mantap Tapi Dua Aspek Ni HONOR Boleh Tambah Baik
  • HONOR MagicPad3, Tablet Prestasi Laptop Berharga RM2,999
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
  • Pengguna iPhone Lebih Berisiko Menjadi Mangsa Scam Berbanding Android - Google
©2026 WISER.MY