Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR 600 Series Malaysia launch_1

Siri HONOR 600 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM2,599

Diterbitkan April 22, 2026 · Dikemas kini April 22, 2026 oleh Amalina Athman

Malaysia kini menjadi pasaran pertama yang menerima kehadiran siri HONOR 600, yang terdiri daripada HONOR 600 dan HONOR 600 Pro.

HONOR 600 Pro

HONOR 600 Series Malaysia launch_07

HONOR 600 Pro hadir dengan rekaan premium menerusi teknologi cold carving serta bingkai logam matte. Ia turut menampilkan bezel senipis 0.98mm, bersama skrin AMOLED bersaiz 6.57-inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz serta kecerahan puncak sehingga 8,000 nits.

HONOR 600 Series Malaysia launch_4

Sebagai model paling berkuasa dalam siri ini, HONOR 600 Pro dijana cip Snapdragon 8 Elite (Gen 4) yang menawarkan peningkatan sehingga 25% bagi CPU dan 44% GPU. Ia digandingkan bersama 12GB RAM dan storan sehingga 512GB.

Dari segi fotografi, peranti ini dilengkapi tiga kamera belakang iaitu 200MP utama dengan sensor 1/1.4 inci, 12MP ultra-lebar dan makro, serta 50MP telefoto yang menyokong zum digital sehingga 120x bersama penstabilan imej CIPA 6.5. Kamera hadapan pula menggunakan sensor 50MP.

HONOR 600 Series Malaysia launch_09
HONOR 600 Series Malaysia launch_6

Siri HONOR 600 menampilkan ciri AI Image to Video 2.0 yang dipertingkat. Antaranya termasuk keupayaan menggabungkan sehingga tiga imej menjadi video berdurasi 3 hingga 5 saat, sokongan arahan tersuai serta 13 pilihan templat.

HONOR 600 Series Malaysia launch_5

Bagi menghidupkan peranti, HONOR 600 Pro dimuatkan bateri silikon karbon 7,000mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 80W, pengecasan tanpa wayar 50W serta pengecasan berbalik berwayar 27W.

HONOR 600 Series Malaysia launch_7

Ciri lain termasuk penarafan IP68, IP69 dan IP69K, pensijilan tahan jatuh dan remuk SGS 5 Bintang serta menjalankan MagicOS 10 berasaskan Android 16.

HONOR 600 Pro Orange – 6
HONOR 600 Pro Golden White-3
HONOR 600 Pro Black -10

Tiga pilihan warna tersedia iaitu Orange, Golden White dan Black.

HONOR 600

HONOR 600 Series Malaysia launch_06

HONOR 600 pula dijana cip Snapdragon 7 Gen 4 yang menawarkan peningkatan prestasi CPU sebanyak 27% dan 30% GPU, bersama 12GB RAM dan storan 512GB.

Untuk kamera, HONOR 600 dilengkapi sensor utama 200MP dan 12MP yang menyokong zum digital sehingga 30x, serta 50MP swafoto.

HONOR 600 Series Malaysia launch_04

Seperti versi Pro, model ini turut dimuatkan bateri berkapasiti 7,000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 80W serta pengecasan berbalik berwayar 27W.

Secara keseluruhan, spesifikasi lain yang ditawarkan adalah hampir sama seperti HONOR 600 Pro.

HONOR 600 Series Malaysia launch_8

Harga dan ketersediaan

Siri HONOR 600 ditawarkan di Malaysia dengan harga seperti berikut:

  • HONOR 600 512GB – RM2599
  • HONOR 600 Pro 256GB – RM3099
  • HONOR 600 Pro 512GB – RM3299

Namun begitu, pengguna boleh mendapatkan rebat RM200 bagi setiap prapesan siri HONOR 600 bermula hari ini. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi HONOR.

HONOR 600 Series Malaysia launch_08
HONOR 600 Series Malaysia launch_01
HONOR 600 Series Malaysia launch_03

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY