Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri Aksi Sebenar Avatar: The Last AirBender Bakal Tiba Di Netflix

Siri Aksi Sebenar Avatar: The Last AirBender Bakal Tiba Di Netflix

Diterbitkan Oktober 18, 2023 oleh ariff bukhari

Berita baik kepada peminat siri animasi popular dan penuh aksi terbitan Nickelodeon, Avatar: The Last AirBender kerana versi adaptasi aksi sebenarnya bakal ditayangkan di Netflix tahun hadapan.

Menggunakan judul yang sama, Avatar: The Last AirBender aksi sebenar ini menceritakan pengembaraan Aang (Gordon Cormier), seorang Avatar muda belajar menguasai empat elemen (Air, Bumi, Api dan Udara) untuk memulihkan keseimbangan kepada dunia yang diancam oleh Negara Api yang ditakuti.

Siri Aksi Sebenar Avatar: The Last AirBender Bakal Tiba Di Netflix

Bersama rakan-rakan seperjuangannya, Sokka (Ian Ousley) dan Katara (Kiawentiio), adik-beradik dan ahli Suku Air Selatan, mereka memulakan usaha untuk menyelamatkan dunia dan melawan serangan menakutkan yang diketuai oleh Lord Fire Ozai ( Daniel Dae Kim).

Siri aksi sebenar Avatar: The Last AirBender ini akan mengandungi sebanyak 8 episod yang berdurasi 1 jam/episod.

Siri Aksi Sebenar Avatar: The Last AirBender Bakal Tiba Di Netflix
Avatar: The Last Airbender. Paul Sun-Hyung Lee sebagai Iroh.
Siri Aksi Sebenar Avatar: The Last AirBender Bakal Tiba Di Netflix
Avatar: The Last Airbender. Ken Leung sebagai Zhao.
Siri Aksi Sebenar Avatar: The Last AirBender Bakal Tiba Di Netflix
Avatar: The Last Airbender. Dallas Liu sebagai Prince Zuko.
Siri Aksi Sebenar Avatar: The Last AirBender Bakal Tiba Di Netflix
Avatar: The Last Airbender. Elizabeth Yu sebagai Azula.
Siri Aksi Sebenar Avatar: The Last AirBender Bakal Tiba Di Netflix
Avatar: The Last Airbender. Daniel Dae Kim sebagai Ozai.

Sebelum ini, adaptasi aksi sebenar Avatar: The Last AirBender pernah dibawa ke layar perak pada tahun 2010 dahulu. Tetapi ia menerima kritikan negatif daripada para peminat tegarnya.

Jadi, diharapkan siri aksi sebenar Avatar: The Last AirBender yang akan ditayangkan di platform penstriman Netflix ini nanti tidak lagi mengecewakan.

Berkaitan

  • Netflix Tayang 'Teaser' Rasmi Siri Aksi Sebenar "Avatar: The Last Airbender"
  • Wi-Fi Rumah Lembab Macam Siput? Guna Ni, Pasti Puas Hati
  • Ini Sejumlah Ciri Baharu Yang Mula Tersedia Di YouTube

Sumber: Siaran media Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY