Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
avatar

Netflix Tayang ‘Teaser’ Rasmi Siri Aksi Sebenar “Avatar: The Last Airbender”

Diterbitkan Jun 20, 2023 · Dikemas kini Jun 20, 2023 oleh ariff bukhari

Dalam keghairahan (mungkin juga ada yang rasa kecewa) selepas menonton treler bagi siri aksi sebenar “One Piece”, Netflix turut berkongsikan teaser bagi siri aksi sebenar yang juga adaptasi dari kartun iaitu “Avatar: The Last Airbender“.

Menggunakan judul yang sama bagi siri itu, Netfllix berkongsikan video pendek berdurasi kurang 40 saat.

Kartun Avatar: The Last Airbender terbitan Nickelodeon dari tahun 2005 hingga 2008 menerima skor tontonan yang sangat positif dari Rotten Tomatoes iaitu 100%.

Walau bagaimanapun, untuk versi filem aksi sebenarnya yang diterbitkan dalam tahun 2010 dahulu hasil arahan pengarah M. Night Shyamalan, ia hanya menerima skor serendah 5% dari Rotten Tomatoes dan 30% sahaja dari penontonnya.

Netflix Tayang ‘Teaser’ Rasmi Siri Aksi Sebenar “Avatar: The Last Airbender”
Antara barisan pelakon utama bagi siri Netflix ‘Avatar: The Last Airbender’. Kredit: Netflix

Avatar: The Last Airbender mengisahkan tentang dunia yang dibahagikan kepada empat negara iaitu Puak Air, Kerajaan Bumi, Negara Api dan dan Perantau Udara.

Penduduk-penduduk di negara itu mempunyai keupayaan untuk mengawal dan memanipulasi elemen mengikut negara mereka.

Negara Api yang kejam ingin menakluki dunia tetapi satu-satunya penghalang yang cukup berkuasa bagi menghalangnya, Avatar, telah hilang dari dunia.

Tetapi Avatar bernama Aang kini kembali selepas ditemui oleh Katara dan Sokka.

Dari situ mereka mula melindungi Aang dalam perjalanannya untuk menguasai keempat-empat elemen dan menyelamatkan dunia daripada Negara Api.

Siri aksi sebenar Netflix Avatar: The Last Airbender dijadual akan ditayangkan di platform penstriman itu dalam tahun 2024 nanti.

Meet Aang, Katara, Sokka and Zuko in Netflix’s Avatar: The Last Airbender, coming 2024. #TUDUM pic.twitter.com/b7TKxo9pKC

— Netflix (@netflix) June 17, 2023

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Treler Pertama 'One Piece' Aksi Sebenar Ditayangkan, Jom Tonton Sekarang
  • Terima 'Rating' Lebih 4 Bintang, 2 'Game' Berharga RM87.50 Ini Sedang Percuma

Sumber: Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY