Ini Sejumlah Ciri Baharu Yang Mula Tersedia Di YouTube

YouTube kini melancarkan sejumlah ciri baharu, antaranya termasuk "Stable Volume", isyarat visual Like dan Subscribe, "Lock Screen" dan lain-lain.

{suggest}

Sebelum ini, YouTube telah pun menguji beberapa ciri berkenaan untuk pengguna Premium. Kini, ia tersedia untuk semua pengguna YouTube, secara berperingkat dalam beberapa minggu akan datang.

Berikut merupakan antara ciri baharu di YouTube.

1. Stable Volume


Video yang ditonton di YouTube kadang kala terlalu kuat dan terlalu perlahan. Bagi mengatasi isu tersebut, YouTube memperkenal ciri "stable volume" untuk mengurangkan perbezaan ketara dalam kelantangan suara dari video ke video. Ciri ini diaktifkan secara default pada tetapan video.


2. Lock Screen




Bagi mengelakkan sentuhan atau klik yang tidak disengajakan, YouTube memperkenal Lock Screen atau Skrin Kunci. Ia boleh ditetapkan melalui tetapan video dengan klik pada "Lock Screen".

3. Cari melalui suara atau lagu




Carian lagu kini lebih mudah, hanya perlu humming, menyanyi atau memainkan lagu yang dicari. YouTube akan menggunakan AI untuk memadankan bunyi dengan rakaman asal.

Bagaimanapun, ciri ini hanya akan tersedia untuk Android dalam beberapa minggu akan datang, buat masa ini.

4. Tekan untuk kelajuan 2x


Pengguna kini boleh tekan dan tahan (press and hold) untuk meningkatkan kelajuan main balik secara automatik kepada 2x. Ciri ini akan tersedia di web, tablet dan peranti mudah alih.



Namun, jika kelajuan main balik ingin ditingkatkan sepanjang video dimainkan, menetapkannya di bahagian tetapan video adalah lebih baik.

5. Thumbnail lebih besar


Bagi memudahkan pengguna mencari bahagian tertentu dalam video, pratonton thumbnail kini lebih besar.


6. Tab "You"




Tab Library dan halaman akaun kini digabungkan dalam tab yang sama, dipanggil "You". Ia akan menempatkan sejarah video yang telah dimainkan, senarai main, muat turun dan pembelian, serta tetapan berkaitan akaun dan maklumat saluran YouTube pengguna.

Ciri ini telah pun tersedia bermula hari ini di web, tablet dan peranti mudah alih.

7. Isyarat visual Like dan Subscribe




Apabila pencipta kandungan menyebut "Like" atau "Subscribe", isyarat visual pada butang tersebut akan muncul serentak dengan video.

Menurut YouTube, semua perubahan ini akan dilepaskan secara berperingkat, untuk pengguna seluruh dunia dalam beberapa minggu akan datang

Sumber: YouTube blog