Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
singapura nokia, ericsson

Singapura Akan Mula Import 50MW Bekalan Tenaga Baharu Dari Malaysia Bulan Ini

Diterbitkan Disember 11, 2024 · Dikemas kini Disember 11, 2024 oleh ariff bukhari

Fasa pertama perdagangan Tenaga Boleh Baharu (TBB) merentas sempadan dari Malaysia ke Singapura dengan kapasiti 50 megawatt (MW) akan dimulakan pada bulan ini.

Berdasarkan kenyataan rasmi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), pembekalan elektrik hijau merentas sempadan Malaysia-Singapura yang julung kali itu adalah hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lepas.

PETRA memaklumkan, ENEGEM membolehkan perolehan dan pembekalan elektrik hijau
daripada sistem bekalan elektrik Malaysia ke Singapura dilakukan secara bidaan kompetitif.

“Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai syarikat utiliti nasional akan membekalkan elektrik tersebut ke Singapura menerusi Sembcorp Power Pte Ltd (Sembcorp Power) dengan menggunakan rangkaian sambung tara sedia ada antara kedua-dua negara.” PETRA.

Bidaan menerusi ENEGEM merupakan sebahagian daripada inisiatif PETRA di bawah Skim Perdagangan Elektrik Merentas Sempadan untuk TBB (CBES RE) yang akan dilaksanakan secara berfasa dengan jumlah kapasiti hingga 300 MW dengan menggunakan rangkaian sambung tara sedia ada antara Malaysia dan Singapura.

PETRA juga menyatakan, pelaksanaan CBES RE turut selaras dengan aspirasi peralihan tenaga negara dan komitmen Malaysia untuk menyokong inisiatif integrasi bekalan elektrik serantau menerusi pelaksanaan Grid Kuasa ASEAN, yang merupakan agenda utama negara menjelang Kepengerusian ASEAN 2025.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Honda Demonstrasi Pengeluaran Bateri Keadaan Pepejal Bagi EV Dari Kilang Bernilai RM1.2 Bilion
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Pahang Mahu Jadi Hab Pemasangan Dan Pembuatan EV

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY