Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
proton e.mas7

Pahang Mahu Jadi Hab Pemasangan Dan Pembuatan EV

Diterbitkan Disember 6, 2024 · Dikemas kini Disember 6, 2024 oleh ariff bukhari

Pahang berhasrat menjadi hab pemasangan dan pembuatan kenderaan elektrik (EV) di sebelah Pantai Timur, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Datuk Mohamad Nizar Najib.

Perkara itu dimaklumkan ketika menggulung perbahasan Belanjawan Pahang 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

“Kita juga ingin menyaksikan Pahang menjadi hab pemasangan dan pembuatan kenderaan elektrik di sebelah Pantai Timur, jika faktor logistik merupakan kriteria utama, maka kita akan memperkasakan promosi jaringan logistik dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuantan,” katanya.

Beliau berkata statistik terkini daripada Jabatan Perangkaan menunjukkan peningkatan dramatik dalam jualan EV yang menyaksikan separuh pertama 2024, sebanyak 10,663 kereta elektrik telah dijual iaitu dua kali ganda berbanding 4,409 EV yang dijual dalam tempoh sama pada 2023.

Selain itu, Mohamad Nizar memaklumkan tahun ini menyaksikan kerjasama antara Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang dan Volt Industries membangunkan 50 stesen pengecas EV di seluruh Pahang dengan anggaran pelaburan sebanyak RM250 juta.

Beliau berkata daerah Bentong dipilih sebagai daerah perintis dengan pembinaan stesen pengecas yang pertama daripada 12 stesen yang akan dibangunkan di daerah itu.

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Nissan KICKS e-POWER Dilancarkan, SUV Kompak Dengan Julat 900KM
  • Perodua Tak Dedah Banyak Spesifikasi eMO-II, Tapi Akan Cuba Tawar Harga Sekitar RM90 Ribu

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
©2026 WISER.MY