Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AI Shopping Assistant on Shopee

Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah ‘Migoo AI’

Diterbitkan November 4, 2026 ยท Dikemas kini November 4, 2026 oleh Amalina Athman

Shopee kini dilihat mula mengintegrasikan pembantu AI Migoo dalam aplikasinya bagi memudahkan pengguna mendapatkan cadangan produk, membuat perbandingan serta mengakses fungsi lain dalam platform tersebut.

Untuk menggunakan pembantu membeli-belah AI ini, pengguna terlebih dahulu perlu menghubungkan akaun Migoo dengan akaun Shopee.

Shopee Migoo AI_1

Setelah itu, carian produk boleh dilakukan menerusi arahan berbentuk perbualan dengan menyatakan keperluan masing-masing. Migoo kemudiannya akan memberikan cadangan produk berserta penerangan dan maklumat berkaitan.

Selain carian dan cadangan produk, Migoo turut menyediakan beberapa pintasan kepada fungsi Shopee seperti Shopping, Deals, Inbox dan Orders pada bahagian bawah ruang perbualan.

Shopee Migoo AI_4

Menerusi pintasan “Inbox”, Migoo boleh membantu mengurus mesej dalam peti masuk. Antara arahan yang disediakan termasuk merumuskan balasan penjual dan mencari mesej yang belum dibaca.

Sementara itu, pintasan “Orders” menyediakan beberapa pilihan berkaitan pesanan, termasuk menjejak penghantaran bungkusan, menyemak pesanan yang belum dihantar pada hari tersebut, menyenaraikan pesanan yang dijangka tiba pada hari sama serta mencari produk yang pernah dibeli untuk dibeli semula.

Migoo turut menyediakan beberapa ciri tambahan menerusi menu tetapan, termasuk Skills, Auto-task, Connectors, Cloud Browser dan Memory.

Shopee Migoo AI_3

Setakat ini, belum jelas bila Migoo akan tersedia kepada semua pengguna Shopee.

Namun, ciri ini menawarkan satu lagi cara yang lebih mudah untuk menggunakan Shopee. Pengguna boleh mencari produk, menyemak mesej dan mendapatkan maklumat pesanan hanya melalui arahan perbualan, tanpa perlu mencari atau menyemak setiap bahagian aplikasi secara manual.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Pengguna Kini Boleh Cari Produk Di Shopee Terus Melalui ChatGPT
  • Cara Tebus Keahlian Shopee Untuk Pelajar
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Perkenal Teknologi Implan Suara Boleh Laras Pertama Di Asia Tenggara
  • RAM PC Sepatutnya Berada Di Dalam Pusat Data AI - Sam Altman
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
©2026 WISER.MY