Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WISER (169)) (4)

Cara Beli ‘Travel’ eSIM Shopee

Diterbitkan Oktober 28, 2026 oleh srhhazirah

Apabila melancong ke luar negara, sambungan talian internet merupakan antara keperluan utama yang perlu disediakan. Kini, anda tidak perlu lagi beratur panjang untuk membeli kad SIM fizikal di lapangan terbang.

Segala urusan pembelian dan pengaktifan ‘Travel eSIM’ boleh dilakukan secara terus menerusi aplikasi Shopee dengan mudah dan cepat.

Cara beli Travel eSIM di ShopeePay

  1. Buka aplikasi Shopee. Pada halaman utama, pilih ikon 'Prepaid, Bills & Tickets'. Buka aplikasi Shopee. Pada halaman utama, pilih ikon 'Prepaid, Bills & Tickets'.
  2. Klik 'ESIM'. Klik 'ESIM'.
  3. Pilih negara yang hendak dituju. Pilih negara yang hendak dituju.
  4. Pilih kuota tempoh hari yang diperlukan. Pilih kuota tempoh hari yang diperlukan.
  5. Pilih kaedah pembayaran dan selesaikan transaksi. Kod QR bagi eSIM akan dihantar ke alamat e-mel anda atau boleh dapatkan QR tersebut pada bahagian 'My Order'. Pilih kaedah pembayaran dan selesaikan transaksi. Kod QR bagi eSIM akan dihantar ke alamat e-mel anda atau boleh dapatkan QR tersebut pada bahagian 'My Order'.

Pastikan peranti anda menyokong fungsi eSIM dan terhubung kepada sambungan internet (Wi-Fi atau data sedia ada) sepanjang proses pengaktifan dijalankan.

Cara aktifkan eSIM

Untuk pengguna iPhone: Buka tetapan (Settings) > pilih data mudah alih (Cellular/Mobile Data) > tekan pada tambah eSIM (Add eSIM) > pilih gunakan kod QR dan imbas kod QR yang telah diberikan > ikut arahan pad skrin untuk melengkapkan pengesahan profil eSIM.

Untuk pengguna Android: Buka tetapan (Settings) > pilih sambungan (Connections) > pilih pengurus SIM (SIM Manager) > tekan tambah eSIM (Add eSIM) > pilih imbas kod QR (Scan QR Code) dan imbas kod QR berkenaan > ikut arahan pada skrin sehingga eSIM berjaya ditambah.

Kini, persediaan talian internet untuk perjalanan luar negara menjadi lebih praktikal dan pantas tanpa sebarang kerumitan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Kad Ryt Bank Kini Sokong Apple Pay - Ini Cara Tambah Ke Apple Wallet
  • Google Didapati Pautkan Nombor Telefon Kepada Semua Akaun Secara Automatik

Terbaru

  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
©2026 WISER.MY