Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
shopee harga shipping

Shopee ‘Diam-Diam’ Turunkan Kos Penghantaran

Diterbitkan April 1, 2024 · Dikemas kini April 1, 2024 oleh Amalina Athman

Sejak beberapa hari lepas, Shopee secara ‘diam-diam’ telah menurunkan kos penghantaran. Namun, agak menghairankan apabila penurunan kos tersebut hanya melibatkan sebilangan pengguna.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Shopee Kongsi Tarikh Akhir Pos Barang Sebelum Hari Raya 2024

Hasil tinjauan yang dilakukan, sejumlah pengguna Shopee masih dikekalkan pada kos penghantaran sedia ada – RM5.19 termasuk SST. Manakala sebilangannya, termasuk penulis sendiri, menerima kos penghantaran yang lebih rendah iaitu RM3.18 termasuk SST.

Shopee ‘Diam-Diam’ Turunkan Kos Penghantaran
WhatsApp Image 2024-04-01 at 1.34.33 PM
WhatsApp Image 2024-04-01 at 2.21.35 PM
WhatsApp Image 2024-04-01 at 1.18.23 PM (1)
WhatsApp Image 2024-04-01 at 1.17.11 PM

Pihak Shopee menjelaskan bayaran yang dikenakan akan dikira berdasarkan jarak penghantaran dan berat barangan, seperti dinyatakan dalam artikel platform itu.

Melalui percubaan, beberapa alamat di Kedah menerima kos penghantaran RM3.18. Sementara, pesanan dengan alamat di Johor, Perak, Lembah Klang, Pulau Pinang, Perlis dan lain-lain masih dikenakan kos sedia ada. Dengan itu, masih belum jelas bagaimana kos penghantaran tersebut dikira.

Shopee ‘Diam-Diam’ Turunkan Kos Penghantaran

Juga, tidak diketahui sekiranya terdapat glitch atau bug yang berlaku. Tambahan pula, Shopee baru sahaja mengenakan kadar SST 6% untuk kos penghantaran baru-baru ini.

Akan tetapi, sekiranya benar Shopee ingin menurunkan kos penghantaran, sudah pastinya perkara ini akan disambut baik oleh para pembeli.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Terbaru Microsoft Di JB Dilengkapi Sistem Pendingin Cekap Guna Air
  • DJI Perkenal Stesen Kuasa 2kWh Paling Kompak Di Malaysia Berharga RM6,509
  • TikTok Shop Kini Ada Aplikasi Berasingan - Mula Ditawarkan Di Malaysia
  • Epson Lancar Cobot, Robot Kolaboratif AX6 Untuk 'Cleanroom' Di Asia Tenggara
  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
  • Sony Bawa Kembali Reka Bentuk Ikonik Fon Kepala Walkman 1979 - Kini Dengan USB-C, Harga Dari RM259
  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
©2026 WISER.MY