Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Shell Recharge App Launch (App Interface)

Shell Malaysia Lancar Aplikasi Shell Recharge

Diterbitkan November 11, 2025 · Dikemas kini November 11, 2025 oleh Amalina Athman

Shell Malaysia kini melancarkan aplikasi mudah alih baharu, Shell Recharge, bagi memudahkan pengguna mencari lokasi dan mengecas kenderaan elektrik (EV) di stesen Shell Recharge.

Shell Recharge Apps_1

Melalui aplikasi Shell Recharge, pengguna boleh menikmati beberapa ciri utama termasuk tempah dan cas, kemas kini status pengecasan secara langsung serta melakukan pembayaran pantas menggunakan kad debit atau kredit.

Selain itu, aplikasi ini turut menyediakan ciri roaming rentas sempadan, membolehkan pengguna EV mengecas di Stesen Recharge Malaysia dan Singapura menggunakan aplikasi yang sama.

Shell Recharge_5
Shell Recharge_6

Pengguna juga boleh mengesan lokasi pengecas terdekat dengan mudah melalui fungsi pencari lokasi dalam aplikasi.

Pelancaran ini hadir seiring perkembangan rangkaian Shell Recharge, yang merangkumi pengecasan berprestasi tinggi (HPC) pertama di Malaysia dari Utara ke Selatan dan Pantai Timur ke Pantai Barat, serta hab pengecasan EV altitud tertinggi di Genting Highlands.

Rangkaian ini bertujuan menyokong perjalanan jarak jauh dan antara negeri serta memudahkan pemandu EV di Malaysia.

Sempena pelancaran, Shell menawarkan promosi RM1.11 per kWh di semua lokasi Shell Recharge HPC di Malaysia pada hari ini, 11 November 2025.

Aplikasi Shell Recharge kini boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Shell.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Kini Anda Boleh Cas Kenderaan EV Terus Dari TNG eWallet
  • Proton e.MAS 5 Dan Masa Depan EV Mampu Milik Di Malaysia
  • Perodua Akan Lancar EV Pertama Hujung Bulan Ini - PM Anwar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY