Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TnG EV charging

Kini Anda Boleh Cas Kenderaan EV Terus Dari TNG eWallet

Diterbitkan Oktober 24, 2025 · Dikemas kini Oktober 24, 2025 oleh Amsyar Latif

Touch ‘n Go (TNG) Digital kini memperkenalkan ciri EV Charging dalam aplikasi TNG eWallet, membolehkan pengguna mengecas kenderaan elektrik (EV) dengan lebih mudah di lokasi terpilih di seluruh Malaysia dan Singapura.

Melalui integrasi ini, pengguna boleh mencari stesen pengecas berhampiran, memulakan sesi pengecasan dan membuat pembayaran terus dari aplikasi TNG eWallet tanpa perlu memuat turun aplikasi pihak ketiga. Ia turut menyokong beberapa penyedia pengecas seperti RExharge, Kineta, EVlution, QuickCharge dan ZuraCharge, dengan lebih banyak rangkaian dijangka akan ditambah pada masa akan datang.

photo_2025-10-24 17.42.58

Cara menggunakan fungsi EV Charging

Kini Anda Boleh Cas Kenderaan EV Terus Dari TNG eWallet
image (1)
  1. Parkir kenderaan dan buka aplikasi TNG eWallet, kemudian pilih ikon EV Charging.
  2. Cari lokasi pengecas berhampiran melalui paparan peta atau senarai.
  3. Pilih pengecas yang diingini atau imbas kod QR pada stesen.
  4. Sambungkan kabel pengecas ke kenderaan anda dan tekan Next untuk mula mengecas.
  5. Untuk berhenti, leret pilihan Slide to Stop Charging dan cabut kabel.
  6. Kos pengecasan akan ditolak secara automatik dan resit akan dipaparkan dalam aplikasi.

Bagi keselamatan transaksi, sistem akan mengenakan pra-kebenaran sebanyak RM200 pada permulaan sesi. Setelah pengecasan selesai, jumlah sebenar caj akan ditolak dan baki akan dikembalikan ke dalam eWallet pengguna.

Pengguna juga boleh menyemak sejarah pengecasan, melaporkan isu stesen atau menghubungi talian bantuan terus dari aplikasi sekiranya menghadapi masalah teknikal.

Dengan pelancaran ciri ini, TNG eWallet terus memperkukuh kedudukannya sebagai platform gaya hidup digital menyeluruh yang bukan sahaja memudahkan urusan harian, tetapi juga menyokong perkembangan ekosistem mobiliti hijau di Malaysia.

Berkaitan

  • Kenapa 'Range Anxiety' EV Sebenarnya Tak Seteruk Yang Kita Fikir
  • EV Mampu Milik Ubah Landskap Automotif Malaysia, Tapi Isu Pengecasan Di Kondominium Kekal Cabaran
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY