Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sharp Lancar AQUOS sense10 Dipacu Snapdragon 7s Gen 3

Sharp Lancar AQUOS sense10 Dipacu Snapdragon 7s Gen 3

Diterbitkan November 26, 2025 oleh ariff bukhari

Sharp telah memperkenalkan telefon pintar baharu AQUOS sense10 yang direka untuk pasaran global.

Dikuasakan oleh cip Snapdragon 7s Gen 3, ia dilengkapi paparan Pro IGZO OLED dengan kadar segar semula adaptif sehingga 240Hz serta dimuatkan dengan bateri 5,000 mAh yang mampu menyampaikan penggunaan sehingga 10 jam aktiviti harian.

Kameranya menampilkan tetapan dua kamera belakang 50.3MP (standard dan ultra lebar) serta kamera swafoto 32MP.

Untuk sistem operasi pula, ia tersedia menjalankan versi Android 16.

Turut diperkenalkan adalah fungsi AI baharu termasuk Showcase Mode untuk mengurangkan pantulan, pembetulan bayang pada foto makanan dan teks, serta pemprosesan imej sintesis yang meningkatkan kualiti zum dan mod malam.

Selain itu, fungsi AI “Vocalist” membolehkan pengguna mendaftar suara sendiri agar panggilan lebih jelas dengan bunyi latar dihapuskan.

AQUOS sense10
AQUOS sense10 tersedia dalam 2 varian iaitu RAM 6 GB/ROM 128 GB dan RAM 8 GB/ROM 256 GB.

AQUOS sense10 hadir dalam enam warna bergaya disertai aksesori rasmi termasuk kerjasama dengan jenama denim Jepun.

AQUOS sense10 diumumkan untuk beberapa pasaran terpilih dengan yang terawal mula dijual Jepun pada 13 November 2025 lalu.

Ia kemudiannya bakal memasuki beberapa lagi pasaran lain seperti Taiwan, Indonesia dan Singapura.

Di pasaran Jepun, AQUOS sense10 dijual dengan harga bermula 59,400 yen (~RM1,800).

Berkaitan

  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Siri POCO F8 Rasmi - Snapdragon 8 Elite Gen 5, Sokong eSIM, Harga Bermula RM2499
  • Qualcomm Umum Snapdragon® 8 Gen 5 Untuk Peranti Flagship

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gemini 4 Argon Kini Tersedia Dalam Aplikasi Gemini
  • Google Kini Gabungkan Antigravity Dalam Aplikasi Gemini Untuk Mac
  • Getty Images Failkan Pelan Bankrap, Akan Menjadi Syarikat Swasta
  • Tandas Pintar 'BMW-i' Pertama Malaysia Diperkenalkan Di Putrajaya - Bakal Diperluas Ke Ibu Negeri Lain
  • Golongan Muda Catat 65.9 Juta Transaksi BNPL Bernilai RM5.4 Bilion Pada Separuh Pertama 2026
  • Pekerja OpenAI Ditahan, Didakwa Pasang Alat Rakaman Tersembunyi Di Pejabat
  • 'Cacing' AI Boleh Merebak Menerusi Peranti Pintar - Anthropic
  • Google Kini Benarkan Pengguna Biasa Lancarkan Aplikasi 'Vibe-Coded' Secara Peribadi Di Play Store - Tersedia Di Pasaran Terpilih
©2026 WISER.MY