Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sistem Alamat Nasional NAS_

Setiap Alamat Akan Ada Pengecam Lokasi Unik – Ini Fungsi Sistem Alamat Nasional

Diterbitkan Julai 17, 2025 · Dikemas kini Julai 17, 2025 oleh Amalina Athman

Pernah tak kurier sesat walaupun alamat yang anda bagi rasa macam dah lengkap? Atau ambulans lambat sampai sebab tak dapat cari lokasi rumah?

Masalah seperti ini biasanya berpunca daripada alamat yang tak lengkap atau tak wujud dalam sistem rasmi.

Bagi mengatasi isu ini, Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang membangunkan Sistem Alamat Nasional (NAS), selaras dengan kuasa di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012.

Apa itu NAS?

Sistem Alamat Nasional (NAS) merupakan sistem alamat tunggal berautoriti, berpiawai dan berpusat yang disusun mengikut piawaian Jabatan Standard Malaysia, dan bakal menjadi tulang belakang infrastruktur digital negara.

Pelaksanaan NAS telah dipersetujui secara dasarnya dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi DIgital dan Industri Revolusi Keempat (MED4IRN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri pada 24 Jun 2024.

Fungsi NAS

Pembangunan NAS bertujuan untuk memastikan setiap alamat di Malaysia dapat dikenal pasti dan ditetapkan secara sahih menggunakan piawaian tepat.

Ketika ini, Malaysia dianggarkan mempunyai sekitar 12 juta alamat, dengan jangkaan akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Namun begitu, tiada satu entiti yang menyimpan atau mempunyai liputan data alamat secara menyeluruh, berpusat dan piawai.

Menerusi NAS, setiap alamat akan digeokod dan diberikan pengecam lokasi unik bagi menjamin keseragaman, ketepatan serta keserasian data.

Daripada mempercepatkan respons kecemasan, hinggalah kepada memperkukuh sektor berasaskan lokasi seperti e-dagang, logistik serta perkhidmatan kurier.

Selain itu, NAS juga akan membantu agensi dan jabatan kerajaan mengurangkan pertindihan maklumat serta memudahkan pengesahan alamat, sekali gus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

Pelaksanaan

NAS kini berada dalam fasa awal pembangunan dan akan dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun ini hingga 2027.

Menurut Ketua Bahagian Inovasi Digital dan Geospatial MCMC, Ahmad Aswadi Yusof, pelaksanaan bagi fasa awal pada tahun ini melibatkan kajian, pembentukan pasukan petugas teknikal serta pelancaran projek rintis.

Pada 2026, pembangunan sistem akan digiatkan dengan pelaksanaan projek perintis secara lebih menyeluruh. Ia turut merangkumi pembentukan komuniti NAS serta proses pengesahan data daripada penyumbang utama bagi memperhalusi pembangunan aplikasi NAS.

Untuk tahun 2027, tumpuan akan beralih kepada penyusunan dan pengesahan kualiti data daripada penyumbang serta penambahbaikan aplikasi itu sendiri.

Impak ekonomi & sosial

Menurut Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, pelaksanaan NAS dijangka memberi kesan limpahan ekonomi sebanyak RM2 bilion dan mewujudkan lebih 2,000 peluang pekerjaan baharu dalam tempoh 5 tahun.

Merasmikan Persidangan Alamat Nasional 2025 di WTC, Kuala Lumpur pagi tadi.

Persidangan ini bukan sekadar platform yang baik untuk perkongsian ilmu dan pendapat, tetapi juga sebagai pemangkin ke arah pelaksanaan Sistem Alamat Nasional (NAS) secara menyeluruh.

Malaysia… pic.twitter.com/2NhD3LgUIF

— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) July 17, 2025

Inisiatif ini juga dikenal pasti sebagai ‘Needle Mover’ di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) serta Dasar Revolusi Industri Keempat (4IR), selaras dengan hasrat kerajaan ke arah merealisasikan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam ekonomi digital.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • MyGOV Malaysia Lancar Bulan Depan - Urus Pasport, Lesen, STR Dalam Satu Aplikasi
  • Kerajaan Pertimbang Wajibkan Label 'AI Generated' Di Bawah Akta Keselamatan Dalam Talian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY