Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
fahmi fadzil ipptar_1

Kerajaan Pertimbang Wajibkan Label ‘AI Generated’ Di Bawah Akta Keselamatan Dalam Talian

Diterbitkan Julai 15, 2025 · Dikemas kini Julai 15, 2025 oleh Amalina Athman

Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan pelabelan kandungan yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) sebagai “AI Generated” di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2024, yang dijangka berkuat kuasa pada hujung tahun ini.

Menurut Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, langkah itu penting bagi menangani penyalahgunaan AI, terutamanya dalam media sosial yang boleh digunakan untuk tujuan penipuan, penyebaran fitnah dan penyamaran identiti.

Beliau menjelaskan beberapa platform media sosial telah mula melaksanakan pelabelan kandungan AI secara sukarela, dan inisiatif itu berpotensi untuk diperluas ke peringkat serantau melalui kerjasama dalam kalangan negara ASEAN.

Menyentuh isu penyebaran video dan imej palsu yang dihasilkan oleh AI, Fahmi berkata setakat ini tiada garis panduan kawal selia yang memuaskan di peringkat global. Namun, perbincangan aktif sedang dijalankan, termasuk oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).

Terdahulu, beliau menegaskan bahawa AI tidak boleh menggantikan peranan manusia sepenuhnya. Beliau turut menekankan pentingnya generasi akan datang, terutamanya Gen Alpha, untuk memahami manfaat, cabaran dan batasan AI memandangkan mereka membesar dalam dunia yang dipenuhi teknologi itu.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Moonshot AI Tampil Dengan Kimi K2, Model LLM Sumber Terbuka 1 Trilion Parameter
  • Malaysia Wajibkan Permit Eksport Untuk Cip AI Berprestasi Tinggi Dari AS
  • Cloudflare Sekat Bot AI, Pemilik Laman Kini Ada Kuasa Penuh

Sumber: BERNAMA

Gambar utama: IPPTAR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY