Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LEGO Maersk Dual-Fuel

Set LEGO Edisi Terhad Kapal ‘Ane Maersk’ Kini Di Malaysia – Replika Enjin Dwi-Bahan Api Pada Harga RM650

Diterbitkan April 7, 2026 · Dikemas kini April 7, 2026 oleh ariff bukhari

Para peminat maritim khususnya pasti tidak akan melepaskan koleksi terbaru LEGO ini apabila set koleksi terbaru edisi terhad Maersk Dual-Fuel Container Vessel sudah pun mula berada di pasaran.

Set LEGO Maersk Dual-Fuel Container Vessel ini terdiri daripada 1,516 kepingan lego yang direka khas untuk pembina berusia 12 tahun ke atas.

Model ini menampilkan replika kapal Ane Maersk, simbol inovasi maritim yang menekankan kelestarian melalui penggunaan dwi-bahan api.

Set LEGO Edisi Terhad Kapal ‘Ane Maersk’ Kini Di Malaysia – Replika Enjin Dwi-Bahan Api Pada Harga RM650

Maersk Line, syarikat perkapalan Denmark, merupakan syarikat perkapalan kontena global kedua terbesar di dunia.

Maersk telah menamakan kapal kontena besar pertama mereka yang menggunakan metanol, “Ane Mærsk”, sempena nama Ane Mærsk Mc-Kinney Uggla, Pengerusi Yayasan A.P. Moller dan A.P. Moller Holding.

“Ane Mærsk” ialah kapal kedua di dunia berkuasa metanol di mana ia berlayar menggunakan metanol hijau yang mampu mengurangkan pelepasan gas rumah kaca sehingga 95%.

Sebagai kapal kontena dwi-bahan api, ia boleh menggunakan metanol atau bahan api marin konvensional, membolehkannya berlayar sejauh 41,000km dengan tangki penuh.

Set LEGO Edisi Terhad Kapal ‘Ane Maersk’ Kini Di Malaysia – Replika Enjin Dwi-Bahan Api Pada Harga RM650

Dengan kepanjangan 350 meter, ia mampu membawa lebih daripada 16,000 kontena bersaiz 20 kaki panjang sekali gus.

Antara ciri menarik kapal kargo gergasi ini yang ditampilkan menerusi model LEGOnya termasuk jambatan kapal yang boleh dibuka dengan ruang kru, tingkap enjin lutsinar, laluan gangway boleh ditarik keluar, serta kontena binaan yang realistik.

Malah peminat juga boleh menghasilkan figura kapten tersendiri melalui LEGO Minifigure Factory dengan rekaan torso eksklusif.

LEGO Maersk Dual-Fuel 1

Binaan siap model kapal kontena ANE MÆRSK ini berukuran lebih 7 inci. (18 cm) tinggi, 23.5 in. (60 cm) panjang dan 4.5 in. (12 cm) lebar.

Set LEGO edisi terhad Maersk Dual-Fuel ini sudah pula mula dijual bermula 1 Mac 2026 lalu pada harga RM649.90 yang tersedia di LEGO.com/Maersk dan kedai rasmi LEGO.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • UPM Terima 2 Unit Perodua Bezza Untuk Pembangunan Aplikasi Mobiliti Pintar
  • BMW Dan UM Teroka Potensi Bateri EV Terpakai Untuk Simpanan Tenaga

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Permainan Telefon Pintar Cara Unik Jepun Selenggara Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
©2026 WISER.MY