Set Kepala 'Mixed-Reality' Apple Mungkin Hadir Pada Tahun Ini

Apple didakwa bakal melancarkan set kepala realiti bercampur pada tahun 2023 ini. Set kepala yang dikatakan Reality Pro ini akan berada pada harga premium sekitar USD3,000 (~RM13,270.00) dan bakal menyaingi Meta Quest Pro.

Mengikut Bloomberg, majoriti tenaga kerja Apple Technology Development Group sedang membangunkan 2 peranti - Reality Pro dan set kepala mampu milik yang dijangkakan hadir pada tahun 2024.

Spesifikasi Set Kepala Realiti Bercampur Apple




Untuk model paling berkuasa, Apple Reality Pro mempunyai paparan dalaman 4K untuk setiap mata pengguna. Di bahagian luar peranti ini terdapat beberapa kamera yang menghadap luar dan cip wayales H2 bagi ketersambungan pantas dengan AirPods.

{suggest}

Mengikut Kuo, peranti set kepala Apple ini akan memasuki fasa penghasilan pada bulan Mac ini dan Mark Gurman menyatakan ia bakal tersedia pada pertengahan 2023.

Sumber: GSMArena

Gambar utama: GSMArena