Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mac mini

Apple Turut Perkenal Mac mini Dengan Cip M2 Dan M2 Pro – Harga Bermula RM2,499

Diterbitkan Januari 18, 2023 · Dikemas kini Januari 18, 2023 oleh Amalina Athman

Apple kini turut memperkenalkan Mac mini baharu, yang dikuasakan cip M2 dan M2 Pro. Dengan cip M2, Mac mini ditawarkan pada harga bermula RM2,499.

Apple Turut Perkenal Mac mini Dengan Cip M2 Dan M2 Pro – Harga Bermula RM2,499

Berbanding Mac mini generasi sebelumnya, cip M2 dan M2 Pro membawakan CPU dan GPU yang lebih pantas dan berkuasa.

Berkaitan

  • MacBook Pro Baharu Kini Rasmi - Cip M2 Pro Dan M2 Max, 8K HDMI, Sehingga 96GB RAM
  • Cip M2 Pro Dan M2 Max Diumumkan - Cip Lebih Berkuasa Untuk MacBook Pro Dan Mac Mini Baharu

Mac mini dengan M2

Mac mini dengan cip M2 dimuatkan 8-teras CPU, 10-teras GPU dan 16-teras Neural Engine. Ia didatangkan dengan konfigurasi sehingga 24GB RAM dengan kelajuan 100GBps serta 2TB storan SSD.

M2_Mac mini

Terdapat dua port Thunderbolt 4, port HDMI, dua port USB-A dan bicu audio.

Mac mini dengan cip M2 ini menyokong sehingga dua paparan secara serentak, di mana masing-masing dengan resolusi 6K/60Hz dan resolusi 5K pada 60Hz menggunakan Thunderbolt atau resolusi 4K/60Hz melalui HDMI.

Jika dibandingkan Mac mini dengan cip M1, model baharu dengan cip M2 menawarkan transkod sehingga 2.4x lebih pantas dalam Final Cut Pro, 50% prestasi lebih pantas dalam Adobe Photoshop dan sebagainya.

Mac mini M2 Pro

Mac mini M2 Pro dilengkapi 12-teras CPU bersama konfigurasi sehingga 19-teras GPU dengan kelajuan 200GBps serta menyokong sehingga 32GB RAM. Sama seperti model M2, ia juga diisi dengan 16-teras Neural engine yang menawarkan 40% lebih pantas berbanding model M1.

Untuk model M2 Pro, ia didatangkan dengan sokongan sehingga 8TB storan SSD. Terdapat empat port Thunderbolt 4, port HDMI, dua port USB-A dan bicu audio.

M2Pro Mac mini

Mac mini M2 Pro menyokong sehingga tiga paparan secara serentak seperti berikut:

  • Sehingga 3 paparan: dua paparan sehingga resolusi 6K/60Hz melalui Thunderbolt dan satu paparan dengan 4K/60Hz melalui HDMI.
  • Sehingga 2 paparan: satu paparan dengan resolusi 6K/60Hz melalui Thunderbolt dan satu paparan dengan 4K/144Hz melalui HDMI.
  • Satu paparan dengan resolusi 8K/60Hz melalui Thunderbolt atau 4K/240Hz melalui HDMI.

Jika dibanding dengan Mac mini M1, Mac mini M2 Pro menawarkan 2.5x prestasi grafik yang lebih pantas dalam Affinity Photo, sehingga 4.2x transkod ProRes lebih pantas dalam Final Cut Pro dan sebagainya.

Kedua-dua model ini hadir dengan sokongan Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.3.

Harga

Apple Turut Perkenal Mac mini Dengan Cip M2 Dan M2 Pro – Harga Bermula RM2,499

Mac mini dengan cip M2 dan M2 Pro masing-masing diletakkan pada harga bermula RM2,499 dan RM5,599. Sama seperti MacBook Pro baharu, belum lagi diketahui ketersediaan produk ini untuk pasaran tempatan.

Sumber: Apple Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY