Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
M2 Pro M2 Max

Cip M2 Pro Dan M2 Max Diumumkan – Cip Lebih Berkuasa Untuk MacBook Pro Dan Mac Mini Baharu

Diterbitkan Januari 18, 2023 ยท Dikemas kini Januari 18, 2023 oleh Amalina Athman

Apple hari ini turut mengumumkan cip M2 Pro dan M2 Max, selain kemas kini model MacBook Pro dan Mac mini.

Berkaitan

  • MacBook Pro Baharu Kini Rasmi - Cip M2 Pro Dan M2 Max, 8K HDMI, Sehingga 96GB RAM

Cip M2 Pro

Cip M2 Pro Dan M2 Max Diumumkan – Cip Lebih Berkuasa Untuk MacBook Pro Dan Mac Mini Baharu

Dibina menggunakan teknologi 5nm generasi kedua, cip M2 Pro menawarkan lebih 20% transistor daripada M1 Pro serta dua kali daripada jumlah dalam cip M2.

Dari segi prestasi, M2 Pro didatangkan dengan 12-teras CPU dan konfigurasi sehingga 19-teras GPU. Prestasi CPU dan GPU masing-masing adalah 20% dan 30% lebih pantas berbanding M1 Pro.

Ia dilengkapi sehingga 32GB RAM dengan kelajuan mencecah 200GBps.

Cip M2 Pro Dan M2 Max Diumumkan – Cip Lebih Berkuasa Untuk MacBook Pro Dan Mac Mini Baharu

M2 Max

Untuk cip M2 Max, ia dilengkapi 12-teras CPU yang sama seperti M2 Pro, namun menawarkan GPU yang lebih berkuasa dengan sehingga 38-teras. Cip ini menawarkan kelajuan grafik sehingga 30% lebih pantas berbanding M1 Max.

Cip M2 Pro Dan M2 Max Diumumkan – Cip Lebih Berkuasa Untuk MacBook Pro Dan Mac Mini Baharu

M2 Max turut mengandungi 10 bilion transistor lebih banyak berbanding M1 Max dan menyokong sehingga 96GB RAM serta kelajuan 400GBps.

Apple menyifatkan M2 Max sebagai cip paling berkuasa dan efisien untuk komputer riba profesional.

M2 Max

Selain itu, M2 Max turut menawarkan penggunaan tenaga yang lebih cekap dan menawarkan jangka hayat bateri yang lebih baik untuk model MacBook Pro 14-inci dan 16-inci.

Kedua-dua cip ini didatangkan dengan 16-teras Neural Engine dan sehingga 40% lebih pantas berbanding generasi sebelumnya. Sebagai tambahan, kedua-duanya dimuatkan dengan fungsi memproses video ProRes yang lebih baik dengan mengekalkan kecekapan tenaga.

Cip M2 Pro dan M2 Max menguasakan MacBook Pro 14-inci dan 16-inci yang baru sahaja diumumkan.

Sumber: Apple Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
©2026 WISER.MY