Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Glass

Apple Glass Berkemungkinan Belum Bersedia Dilancar Tahun Ini

Diterbitkan Januari 18, 2023 oleh Aziah Zulkifli

Selain daripada keluaran set kepala VR, Apple juga sedang dalam usaha untuk menghasilkan cermin mata realiti terimbuh (AR).

Namun, pelancaran asal untuk peranti ini ditangguhkan dari 2023 ke 2025 dan kini telah ditangguhkan lagi dengan tarikh seterusnya yang masih belum jelas.

Apple Glasses
Kredit: Macrumors

Apple ingin menghasilkan sepasang cermin mata AR yang ringan dan mempunyai ciri yang hampir sama sahaja dengan Google Glass.

Peranti ini yang digelar sebagai Apple Glasses akan menyediakan informasi digital kepada pengguna.

Paparan informasi ini akan ditunjukkan di dunia sebenar berbanding daripada menawarkan paparan maya seperti set kepala AR/VR.

Walau bagaimanapun, Apple tidak dapat meneruskan projek ini kerana masih tiada perisian yang sesuai dan ringan untuk menghasilkan peranti tersebut.

Berkaitan

  • Masalah Bekalan Siri iPhone 14 Tak Cukup Kini Selesai
  • Antara Muka Netflix Di Telefon Kini Baharu Dan Lebih Segar, Tapi Bukan Semua Dapat
  • MacBook Pro Baharu Kini Rasmi - Cip M2 Pro Dan M2 Max, 8K HDMI, Sehingga 96GB RAM
  • Cip M2 Pro Dan M2 Max Diumumkan - Cip Lebih Berkuasa Untuk MacBook Pro Dan Mac Mini Baharu
  • Apple Turut Perkenal Mac mini Dengan Cip M2 Dan M2 Pro - Harga Bermula RM2,499

Menurut Bloomberg, beberapa orang pekerja syarikat tersebut menyatakan bahawa mereka tidak percaya yang Apple akan mengeluarkan cermin mata AR.

Buat masa ini, kumpulan yang bertanggungjawab untuk bahagian AR/VR sedang dalam usaha untuk menghasilkan set kepala AR/VR.

Namun, kumpulan ini juga masih lagi mengkaji teknologi yang diperlukan untuk cermin mata AR yang akan datang.

Apple juga dilaporkan akan menghasilkan set kepala AR/VR dan hadir dalam harga yang lebih berpatutan.

Set kepala AR/VR daripada Apple yang dijangka bakal keluar buat kali pertama pertama ini dikhabarkan berharga sekitar $3,000(RM13,009) dan mungkin akan direndahkan harganya lagi pada masa akan datang.

Sumber: Macrumors

Gambar Utama: Apple World

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY