Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
zum gambar ig

Sesetengah Pengguna Instagram Sudah Boleh ‘Tap’ Gambar Profil Untuk Saiz Lebih Besar

Diterbitkan Februari 16, 2023 · Dikemas kini Februari 16, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Sesetengah akaun Instagram kini sudah boleh menekan/klik pada gambar profil pengguna Instagram lain dan gambar tersebut akan diperbesar.

Namun, anda tidak boleh zum gambar profil tersebut selepas ia dibesarkan.

zum gambar profil ig 1

Ketika melawat profil pengguna lain, timbul pop-up memberitahu “Tap to view photo“. Anda sendiri boleh mencubanya untuk ketahui apakah ciri ini sudah tersedia untuk anda.

zum gambar profil ig 2

Melalui percubaan saya, tidak semua akaun menerimanya kerana masih ada rakan-rakan lain tidak boleh melakukannya.

Katakanlah pengguna tersebut sudah mempunyai Story, maka tekan saja gambar profilnya lama-lama.

zum gambar profil ig 3

Jika akaun tersebut tidak memuat naik Story, maka tekan sekali saja pada gambar profilnya.

Fungsi ini boleh digunakan pada akaun public mahupun private. Maknanya, jika crush anda mengunci akaun dan anda tidak mengikutinya, anda masih boleh melihat gambar profilnya dengan saiz lebih besar.

Sudahkah anda menerima ciri ini?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY