Feed Foto Di Dalam Instagram Kini Dengan Muzik

Instagram beberapa hari lalu mengumumkan ciri terbaru untuk Feed di mana anda kini boleh memasukkan muzik ke dalam foto-foto anda.

Perkara ini diumumkan Instagram menerusi akaun rasmi  Instagram Creators.



Untuk memasukkan muzik ke dalam foto yang dimuat naik di dalam akaun Instagram, anda akan dapat melihat tetapan pilihan "Add Music" sebelum anda memuat naik foto tersebut. Durasi muzik yang dimasukkan pula boleh ditetapkan antara 5 hingga 90 saat.

Usah khuatir sekiranya anda belum menerima ciri ini kerana ia ditawarkan secara berperingkat kepada semua pengguna.

{suggest}

Sumber: Instagram