Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
instagram Quiet Mode

Instagram Perkenal ‘Quiet Mode’, Boleh ‘Mute’ Notifikasi Dan Balas DM Automatik

Diterbitkan Januari 19, 2023 · Dikemas kini Januari 20, 2023 oleh Amalina Athman

Instagram hari ini memperkenalkan ciri baharu ‘Quiet Mode’, bagi membolehkan pengguna mempunyai lebih banyak kawalan dalam penggunaan aplikasi itu.

Berkaitan

  • Instagram Ada Cara Selesaikan Masalah Akaun Yang Telah Digodam
  • Eksperimen Gagal, Instagram Akan Laksanakan Perubahan Ini Yang Tersedia Mulai Februari
  • iOS: Cara 'Deactivate' Dan 'Delete' Akaun Instagram Melalui Aplikasi

Apabila ciri ini diaktifkan, pengguna tidak akan menerima sebarang notifikasi, status aktiviti profil akan bertukar kepada ‘In quiet mode’ dan mesej auto-balas di DM. Instagram juga akan menyarankan remaja terutamanya, untuk mengaktifkan ciri itu jika mereka menggunakannya sehingga lewat malam.

Quiet mode_4

Setakat ini, ciri ‘Quiet Mode’ hanya terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom, Ireland, Kanada, Australia dan New Zealand, bermula hari ini. Instagram menjangkakan untuk membawanya kepada lebih banyak negara pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Instagram turut memperkenalkan dua lagi ciri baharu. Antaranya termasuk membolehkan pengguna memilih untuk menyembunyikan beberapa kandungan dalam ‘Explore’  yang tidak diminati pada satu masa.

Instagram Perkenal ‘Quiet Mode’, Boleh ‘Mute’ Notifikasi Dan Balas DM Automatik

Ketika ini, pengguna mempunyai pilihan untuk menyembunyikan ulasan dan DM yang mengandungi perkataan tertentu. Terbaharu, Instagram memperluaskan ciri itu dengan membolehkannya digunakan pada siaran yang disyorkan.

Instagram Perkenal ‘Quiet Mode’, Boleh ‘Mute’ Notifikasi Dan Balas DM Automatik

Pengguna hanya perlu menambah perkataan atau senarai perkataan, emoji atau tanda pagar yang mahu dielakkan.

Sumber: Meta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY