Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
honor magic v5

HONOR Mudahkan Urusan Baiki Skrin Untuk Pengguna Telefon Boleh Lipat

Diterbitkan Julai 21, 2025 oleh Amsyar Latif

HONOR Magic V5 hadir dengan polisi pasca jualan tersuai pertama dalam industri untuk telefon boleh lipat, menawarkan perlindungan skrin retak selama satu tahun yang membolehkan pengguna mendapatkan satu penggantian percuma bagi skrin dalam dan luar sekiranya berlaku kerosakan akibat kemalangan, dengan bayaran servis minimum sebanyak RM60.

Selain itu, ia turut disertakan dengan jaminan kualiti selama dua tahun yang meliputi isu skrin seperti garisan hijau atau kebocoran paparan.

HONOR Magic V5 juga merupakan satu-satunya telefon boleh lipat di Malaysia yang menawarkan liputan perlindungan menyeluruh sebegini.

Untuk memastikan pengalaman selepas jualan yang lebih baik, HONOR menyediakan 14 pusat servis di seluruh negara yang boleh menjalankan pembaikan skrin terus di lokasi, sekali gus mengurangkan masa menunggu.

Dari segi ketahanan, skrin Magic V5 dibina dengan perlindungan tiga lapis yang merangkumi bahan gred aeroangkasa dan teknologi bendalir bukan Newtonian bagi menyerap impak serta mengurangkan risiko kerosakan akibat jatuh atau tekanan.

Prapesan HONOR Magic V5 dibuka sehingga 24 Julai 2025, dengan setiap tempahan layak menerima hadiah percuma bernilai RM3,497 termasuk pembesar suara Harman Kardon dan pelan perlindungan premium.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • HONOR Magic V5 Kini Rasmi Di Malaysia - Prapesan Dengan Hadiah Percuma Bernilai RM3,497
  • HONOR Pertahan Dakwaan Ketebalan Magic V5, Ini Penjelasannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY