Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Honor Magic V5 Malaysia_

HONOR Magic V5 Kini Rasmi Di Malaysia – Prapesan Dengan Hadiah Percuma Bernilai RM3,497

Diterbitkan Julai 15, 2025 · Dikemas kini Julai 15, 2025 oleh Amalina Athman

HONOR Malaysia secara rasmi kini melancarkan telefon lipat terbaharu, HONOR Magic V5, untuk pasaran tempatan.

HONOR Magic V5 6

Menyentuh spesifikasi, peranti ini dilengkapi skrin utama bersaiz 7.95-inci dan skrin luaran 6.43-inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz serta maksimum kecerahan 5,000 nit. Dengan ketebalan 4.1mm apabila dibuka lipat, ia menjadikannya antara telefon lipat paling nipis di dunia ketika ini.

Honor Magic V5 Malaysia_6

Kerangka badannya diperbuat daripada Gentian Khas Aeroangkasa, manakala skrin luaran dilindungi oleh Anti-Scratch NanoCrystal Shield yang dinaik taraf. Engsel peranti ini juga telah diperkuat untuk menahan sehingga 500,000 kitaran lipatan, bersamaan dengan 100 lipatan sehari dan mampu bertahan sehingga 13 tahun.

Untuk prestasi, Magic V5 dijana cip Snapdragon 8 Elite dengan 16GB RAM dan 512GB storan.

Ia juga menjalankan MagicOS 9.0.1 berasaskan Android 15, dengan pelbagai ciri AI seperti AI Notes, AI Summaries, Gemini Live Screen Sharing, serta ciri Three Split Screen untuk pengalaman multitugas yang lebih lancar.

Honor Magic V5 Malaysia_1

Sistem kameranya terdiri daripada tiga lensa belakang iaitu 50MP utama (f/1.6, OIS), 50MP ultra lebar dan 64MP Telefoto Periskop yang menyokong zum optik 3x dan zum digital 100x. Di hadapan, terdapat dua kamera swafoto 20MP masing-masing untuk skrin luar dan dalam.

Seterusnya, Magic V5 dibekalkan kapasiti bateri 5,820mAh dengan sokongan pengecasan 66W HONOR SuperCharge serta 50W pengecasan wayarles.

Lain-lain termasuk sokongan sambungan Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0, NFC serta dilengkapi penarafan IP58 dan IP59.

Honor Magic V5 Malaysia_3
Honor Magic V5 Malaysia_4
Honor Magic V5 Malaysia_2
Honor Magic V5 Malaysia_5

Di Malaysia, HONOR Magic V5 ditawarkan pada harga RM6,999, dengan empat pilihan warna iaitu Dawn Gold, Ivory White, Silk Brown, dan Black.

Prapesan dibuka

HONOR Magic V5 Pre-order

Prapesan dibuka bermula hari ini sehingga 24 Julai 2025, dan pelanggan akan menerima hadiah percuma bernilai RM3,497, termasuk Harman Kardon Onyx Studio 9 bernilai RM1,299.

HONOR Trade In Program & RM400 Rebate

Turut disertakan ialah Perlindungan Keretakan 1 Tahun dan Jaminan Kualiti 2 Tahun Tanpa Bimbang. Pelanggan juga boleh mendapatkan rebat tambahan RM400 dengan menukar beli telefon, tablet atau komputer riba lama di mana-mana HONOR Experience Store terpilih.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi HONOR Malaysia.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY