Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Seorang Kanak-Kanak Perempuan 8 Tahun Di India Dilaporkan Maut Selepas Telefon Pintar Meletup

Seorang Kanak-Kanak Perempuan 8 Tahun Di India Dilaporkan Maut Selepas Telefon Pintar Meletup

Diterbitkan April 26, 2023 ยท Dikemas kini April 26, 2023 oleh ariff bukhari

Satu insiden tragik dilaporkan berlaku di Kerala, India melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun apabila kanak-kanak itu maut ketika sedang menonton rancangan kartun di telefon pintar.

Polis berkata kanak-kanak itu maut di tempat kejadian selepas telefon pintar itu meletup di tangannya.

Seorang pegawai kanan polis yang menyiasat insiden itu berkata, kesan letupan dari telefon itu adalah sangat kuat sehinggakan tapak tangan dan bahagian muka sebelah kanan kanak-kanak malang itu mengalami kecederaan serius.

Jiran juga dilaporkan berkata terdengar bunyi itu yang sangat kuat.

Keluarga mangsa berkata, telefon pintar itu dibeli pada tiga tahun lalu dan baterinya telah diganti sejak tiga bulan lepas.

Polis masih belum dapat memastikan punca sebenar letupan dan ia akan dilakukan selepas pemeriksaan forensik dibuat ke atas telefon tersebut.

Tetapi dipercayai bateri terlalu panas berkemungkinan menjadi punca telefon pintar itu meletup selepas penggunaan telefon yang berpanjangan.

Berkaitan

  • Seorang Remaja Australia Melecur Teruk Selepas Bank Kuasa Terbakar Tiba-Tiba
  • Akibat Jual Lebih 7 Juta 'Hard Disk' Kepada Huawei, Seagate Didenda RM1.3 Bilion
  • Rasmi, Pengguna WhatsApp Kini Boleh Pautkan Satu Akaun Pada Empat Telefon

Sumber: Hindustan Times

Imej utama: Tangkap layar YouTube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY