Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
power bank meletup

Seorang Remaja Australia Melecur Teruk Selepas Bank Kuasa Terbakar Tiba-Tiba

Diterbitkan April 24, 2023 · Dikemas kini April 24, 2023 oleh ariff bukhari

Seorang remaja berasal dari Melbourne, Australia mengalami kecederaan melecur teruk selepas peranti bank kuasa miliknya secara tiba-tiba terbakar dari dalam poket pakaian yang sedang dipakainya.

Menceritakan semula insiden itu, remaja yang bernama Mathew, berumur 28 tahun itu berkata dia sedang menaiki tangga bagi memasang unit penghawa dingin dua minggu lalu apabila terdengar bunyi ‘berdesis’ dan api marak secara tiba-tiba ke mukanya.

“Saya fikir seluruh badan saya akan terbakar. Saya tidak benar-benar takut mati, saya tidak mahu mati pada saat itu, bersendirian, di gudang pada waktu malam.” kata Mathew ketika menceritaknnya kepada wartawan  A Current Affair ketika beliau masih dirawat di hospital.

Sambil menahan kesakitan, Mathew memandu sendiri ke restoran berdekatan dan mendapatkan teksi bagi membawanya ke hospital.

Dia mengalami luka bakar yang ketara dan telah menjalani banyak pembedahan.

Mangsa melalui peguamnya sedang merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat yang mengeluarkan bank kuasa itu, Comsol.

Comsol berkata beberapa perantinya pernah ditarik balik dari pasaran pada 2021 lalu apabila mereka menyedari produk mereka berkemungkinan boleh mendatangkan risiko kecederaan kepada penggunanya.

power bank meletup
Keadaan bank kuasa yang terbakar sehingga mencederakan Matthew. Kredit: A Current Affair.

Kejadian ini adalah yang terbaru dalam siri kebakaran yang berpunca daripada bateri litium-ion yang banyak juga digunakan dalam e-skuter, e-basikal, e-rokok, komputer riba dan banyak lagi.

Data daripada jabatan bomba negeri dan wilayah di negara itu menunjukkan beratus-ratus insiden kebakaran yang berlaku pada tahun lalu disyaki mempunyai kaitan dengan bateri.

Ekoran itu, Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia sedang meneliti isu tersebut kerana peningkatan jumlah laporan insiden yang melibatkan bateri litium-ion sehingga menyebabkan kecederaan serius dan kerosakan harta benda.

Berkaitan

  • Telefon Boleh Lipat "Clamshell" Pertama vivo Dilancar Dengan Paparan Sekunder Unik
  • Cepat Dapatkan 'Game' Yang Menangi Anugerah BAFTA Ini Secara Percuma Sekarang
  • 'Scalper' Khabarnya Berdepan Masalah Jual Semula Konsol PlayStation 5

Sumber: A Current Affair

Imej utama: Tangkap layar YouTube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY