Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp featured_the verge

Rasmi, Pengguna WhatsApp Kini Boleh Pautkan Satu Akaun Pada Empat Telefon

Diterbitkan April 25, 2023 · Dikemas kini Disember 5, 2023 oleh Amalina Athman

Setelah beberapa minggu diperkenal untuk versi beta, WhatsApp kini mengumumkan keupayaan untuk menggunakan akaun yang sama pada berbilang telefon.

Berkaitan

  • Sokongan WhatsApp Sehingga 4 Peranti Kini Tersedia Untuk Lebih Ramai Pengguna
  • WhatsApp Perkenal Ciri Pengesahan Baharu Untuk Tukar Akaun Ke Peranti Lain

Telah mula dilepaskan kepada pengguna versi stabil secara berperingkat, ciri ini membolehkan pengguna memautkan akaun WhatsApp kepada sehingga empat peranti tambahan.

Dengan itu, pengguna kini boleh bertukar antara telefon tanpa perlu mendaftar keluar dan meneruskan perbualan di mana-mana telefon yang dipautkan, walaupun peranti utama tidak diaktifkan.

Bagaimanapun, perlu diketahui jika peranti utama tidak aktif untuk tempoh yang lama, WhatsApp akan melakukan log keluar secara automatik daripada semua peranti tambahan.

WhtasApp 4 telefon

Sebagai tambahan, setiap telefon yang dipautkan kepada peranti utama juga mempunyai ciri penyulitan hujung ke hujung. Ia turut tersedia untuk akaun WhatsApp Business.

Seperti dinyatakan sebelum ini, tidak perlu risau jika belum menerima kemas kini tersebut. Ia dilepaskan secara berperingkat untuk pengguna global.

Selain itu, dalam beberapa minggu lagi, WhatsApp dijangka akan memperkenal cara alternatif untuk memautkan ke peranti tambahan, iaitu dengan memasukkan nombor telefon dan menerima kod pengesahan untuk mengaktifkannya, tanpa perlu mengimbas kod QR.

Sumber: WhatsApp

Gambar utama: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • UKM Perkenal Teknologi Implan Suara Boleh Laras Pertama Di Asia Tenggara
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • RAM PC Sepatutnya Berada Di Dalam Pusat Data AI - Sam Altman
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY