Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
keluar duit raya

Senarai ATM Terpilih Untuk Tukar Duit Raya 2024

Diterbitkan April 1, 2024 ยท Dikemas kini April 2, 2024 oleh Amalina Athman

Menjelang hari raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, beberapa bank terpilih mula menyenaraikan mesin ATM yang menyediakan pengeluaran duit raya bagi tahun 2024.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Di sini kami kongsikan senarai bank serta lokasi ATM terpilih yang menyediakan perkhidmatan pengeluaran duit raya.

Maybank

Bermula 1 hingga 9 April 2024, pengguna boleh mengeluarkan wang kertas RM10 di ATM Maybank terpilih di seluruh negara.

Berikut merupakan senarai cawangan/lokasi yang menyediakan ATM khusus untuk pengeluaran wang kertas RM10, dengan terdapat label pada ATM berkaitan.

Senarai ATM Terpilih Untuk Tukar Duit Raya 2024
Senarai ATM Terpilih Untuk Tukar Duit Raya 2024

Perlu diketahui, Maybank tidak menyediakan wang kertas baharu. Sebaliknya, wang kertas kitar semula yang sesuai, bagi menggalakkan kelestarian dan pemuliharaan sumber.

CIMB Bank

Sila rujuk gambar dibawah untuk pengeluaran wang kertas RM10 baharu melalui mesin ATM di 9 lokasi ATM CIMB Bank, bermula 4 hingga 10 April 2024.

Senarai ATM Terpilih Untuk Tukar Duit Raya 2024

Affin Bank

Affin Bank menyediakan wang kertas RM10 dan RM50 di ATM/CRM di lokasi terpilih seluruh negara, bermula 3 hingga 10 April 2024. Perkhidmatan ini tersedia secara eksklusif untuk pelanggan Affin Bank dan bergantung kepada stok yang tersedia.

Had pengeluaran sehari ialah RM5,000 tetapi tertakluk kepada had pengeluaran kad pengguna dan ketersediaan wang kertas dalam ATM/CRM. Berikut merupakan senarai penuh lokasi untuk pengeluaran duit raya melalui ATM/CRM Affin Bank.

Senarai ATM Terpilih Untuk Tukar Duit Raya 2024
Senarai ATM Terpilih Untuk Tukar Duit Raya 2024
Senarai ATM Terpilih Untuk Tukar Duit Raya 2024
Senarai ATM Terpilih Untuk Tukar Duit Raya 2024
Senarai ATM Terpilih Untuk Tukar Duit Raya 2024

Bank Islam

Pengeluaran duit raya di ATM Bank Islam boleh dilakukan bermula 27 Mac 2024, dengan ATM yang tersedia akan diletakkan notis seperti di bawah.

tukar duit raya 2024_1

Perlu diingatkan, kebanyakan RM10 & RM50 yang disediakan bukan wang kertas baharu dan pengeluaran bergantung kepada stok yang tersedia di cawangan terlibat. Berikut merupakan senarai ATM Bank Islam terpilih untuk pengeluaran duit raya:

  • Cawangan Menara Bank Islam, Kuala Lumpur
  • Cawangan Sek. 18 Shah Alam, Selangor
  • Cawangan Nilai, Negeri Sembilan
  • Cawangan Ayer Keroh, Melaka
  • Cawangan Johor Bahru
  • Cawangan Meru Raya, Perak
  • Cawangan Putra Square, Pahang
  • Cawangan Kangar, Perlis
  • Cawangan Alamesra, Sabah
  • Cawangan Butterworth, Pulau Pinang

Bagi pelanggan yang berada di luar lokasi yang disenaraikan atau ingin membuat penukaran wang kertas dengan nilai yang lain, ia boleh dilakukan melalui kaunter bank berdekatan. Namun, ia bergantung kepada stok yang masih tersedia di cawangan tersebut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY