Senarai 10 Filem Yang Catat Kutipan Terbanyak Sepanjang Zaman Setakat Ini

Filem yang ditayangkan setiap bulan atau tahun menerima pendapatan melalui pawagam, hak cipta penyiaran televisyen, koleksi barangan serta terbaru perkhidmatan penstriman.

Menerusi data terkini, filem yang menjadi kegilaan peminat Marvel, iaitu Spider-Man: No Way Home melonjak ke 10 filem paling laris sepanjang zaman.

Filem terbaharu Marvel tersebut ditayangkan secara rasmi pada penghujung tahun 2021 dan menjadi salah satu filem yang penting bagi "dunia" Marvel Cinematic Universe (MCU).

Setakat ini, filem itu mencatatkan kutipan sebanyak USD1,775,951,607 dengan menduduki di tangga keenam di belakang filem Marvel juga, iaitu Avengers: Infinity War.

Bagaimanapun, takhta bagi filem yang mempunyai kutipan terbanyak sepanjang zaman masih lagi dipegang Avatar dan diikuti Avengers: Endgame.

Jika melihat senarai 10 teratas, tidak pelik satu hari nanti ia akan didominasi filem-filem Marvel kerana 4 daripada 10 filem "box office" secara global adalah dari Marvel.

Apa-apa pun, ini adalah 10 filem yang menerima kutipan terbanyak secara global setakat awal tahun 2022:

  1. Avatar (2009) - USD2,847,246,203

  2. Avengers: Endgame (2019) - USD2,797,501,328

  3. Titanic (1997) - USD2,201,647,264

  4. Star Wars: Episode VII - The Force Awakens (2015) - USD2,069,521,700

  5. Avengers: Infinity War (2018) - USD2,048,359,754

  6. Spider-Man: No Way Home (2021) - USD1,775,951,607

  7. Jurassic World (2015) - USD1,670,516,444

  8. The Lion King (2019) - USD1,662,899,439

  9. The Avengers (2012) - USD1,518,815,515

  10. Furious 7 (2015) - USD1,515,341,399


Sumber: boxofficemojo

Foto utama: marca

Baca juga:

Berkaitan