Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Telegram Bakal Tawar Fungsi Sembunyikan ‘Spoiler’ Filem

Posted on Disember 22, 2021

Tidak seperti dahulu, menonton filem atau drama pada masa sekarang kadangkala tidak berasa tenang. Bukan apa, saat kita masih sedang asyik melayan siri drama atau belum menonton filem baharu di pawagam, pasti akan ada rakan-rakan yang cuba berkongsikan ‘spoiler’.

Memandangkan ‘masalah’ ini sudah berleluasa, Telegram kini sedang menguji dalam menyembunyikan mesej yang berunsurkan ‘spoiler’. Berdasarkan kiriman daripada pengguna reddit, beliau memperlihatkan bagaimana fungsi tersebut dilaksanakan.

Sekiranya anda mahu menceritakan ‘spoiler’ filem Spiderman: No Way Home misalnya, anda akan ada pilihan untuk sembunyikannya dimana ia dipanggil “Spoiler”.

ezgif.com-gif-maker_10.gif

Setelah itu, mesej tersebut akan dikaburkan dalam bentuk piksel. MiripĀ invisible inkĀ yang terdapat dalam iMessage.

Invisible Ink iMessage

Namun, buat masa ini belum diketahui lagi bilakah fungsi menarik ini akan ditawarkan kepada pengguna. Akan tetapi, perkara ini meletakkan aplikasi permesejan Telegram jauh ke hadapan berbanding pesaingnya.

Tambahan lagi, fungsi sebegini bukanlah sesuatu baharu. Kita ambil contoh komuniti di platform Steam, ia juga mempunyai ciri menyembunyikan ‘spoiler’.

Sumber: reddit

Baca juga:

  • WhatsApp Multi-Peranti Tanpa Sambungan Telefon Pintar Kini Boleh Digunakan

  • Telegram Hadir Dengan Fungsi Baharu – Tema ‘Chat’, Rakam Penstriman

  • Panggilan Video Berkumpulan Telegram Kini Tiada Had Peserta

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress