Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nasa iss

Stesen Angkasa Lepas Berhenti Beroperasi, Akan ‘Dihempaskan’ Ke Lautan Pasifik Pada 2031

Diterbitkan Februari 7, 2022 · Dikemas kini Februari 9, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

NASA mengesahkan Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) akan ditamatkan perkhidmatannya pada tahun 2030 nanti. Dengan penamatan ini, mereka akan menghalakan ISS untuk terhempas dan tenggelam di Lautan Pasifik pada Januari 2031.

ISS yang dibangun dan diselia oleh NASA akan digantikan dengan stesen angkasa komersial yang dibangunkan oleh tiga syarikat swasta iaitu Blue Origin, Nanoracks LLC dan Northrop Grumman Systems Corporation. Ini bermakna NASA akan menjadi klien pada syarikat-syarikat ini dalam menggunakan stesen angkasa mereka.

Peralihan ISS ke satelit komersial ini akan menjimatkan NASA sebanyak sekitar RM5 bilion ($1.3 bilion) pada 2031. Ini membolehkan NASA menumpukan perhatian pada projek penerokaan angkasa yang lebih mendalam.

Dilancarkan pada 1998, ISS yang telah beroperasi sejak 23 tahun lalu dirancang akan dihempaskan pada Point Nemo di Laut Pasifik yang 2,700km jauh daripada darat dan mempunyai kedalaman sehingga 4km.

 Point Nemo is farther from land than any other spot on Earth
Gambar: The Sun

Point Nemo terkenal sebagai pusara untuk satelit dan stesen angkasa sebelum ini contohnya stesen angkasa Mir milik Rusia. Tiada kaitan dengan filem atau ikan badut, Point Nemo diambil daripada perkataan ‘Nemo’ yang bermakna ‘tiada sesiapa’ dalam bahasa Latin.

Dengan ini, ISS akan menjadi stesen angkasa paling besar yang ‘dihempaskan’ ke Bumi selepas Mir pada 2001.

Sumber: NASA

Baca juga:

  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Kelantan Rasmikan PeSAT, Guna Satelit Luaskan Liputan Internet Di Pedalaman
  • NASA Sahkan Terdapat 301 Planet Baharu Di Luar Sistem Suria

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY