Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Activision Blizzard Sahkan Akan Ada Game Warcraft Untuk Telefon Pintar Tahun Ini

Activision Blizzard Sahkan Akan Ada Game Warcraft Untuk Telefon Pintar Tahun Ini

Diterbitkan Februari 7, 2022 oleh Meor Hasyim

Sebelum ini dilaporkan bahawa Microsoft telah mengambil alih syarikat Activision Blizzard dengan nilai pembelian $68.7 bilion. Secara tidak langsung ia merupakan nilai pembelian tertinggi dalam sejarah industri permainan video.

Terkini, Activision Blizzard telah mula berkongsi perancangan masa hadapan mereka semasa pembentangan laporan pendapatan syarikat.

Antara kandungan dalam perancangan tersebut termasuklah judul Call of Duty akan datang, Modern Warfare, dan menariknya sebuah permainan mudah alih khusus untuk francais World of Warcraft.

Buat masa ini, judul berkait dengan Warcraft yang wujud pada telefon pintar adalah permainan koleksi kad iaitu Heartstone yang dilancarkan pada tahun 2014.

Untuk permainan Warcraft telefon pintar nanti, ia dijangka bergenre aksi RPG dan bukannya kad seperti Heartstone.

Dengan tidak banyak maklumat yang tidak diketahui ketika ini, harap-harapnya pihak Activision Blizzard akan melondehkan lebih banyak butiran mengenainya pada masa-masa mendatang.

Sumber: Polygon

Baca juga:

  • Dipercayai Pengaruh PUBG, Seorang Kanak-Kanak Menembak Mati 4 Ahli Keluarganya
  • Kajian: Cas Telefon Dalam Bilik Tidur Punca Obesiti Dan Diabetes
  • Lakukan Ibadah Haji Secara Maya Tidak Sah – Jabatan Agama Turki

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY