Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR MagicBook Pro 14

Semua Laptop Yang Dijual Di EU Kini Wajib Guna USB-C Untuk Pengecasan

Diterbitkan April 29, 2026 · Dikemas kini April 29, 2026 oleh ariff bukhari

Selepas dicadangkan pada 2021 dahulu, Kesatuan Eropah (EU) kini mula menguatkuasakan peraturan baharu yang mewajibkan semua komputer riba yang dijual di sana menyokong pengecasan USB-C.

Peraturan yang bermula 28 April 2026 ini menyusul selepas arahan yang sama yang telah dikenakan ke atas telefon pintar, tablet, kamera, fon kepala, konsol permainan dan pembesar suara mudah alih sejak Disember 2024.

https://x.com/Europarl_EN/status/2049153459656470646?s=20

Sementara pengeluar komputer riba pula diberikan masa tambahan untuk menyesuaikan reka bentuk mereka dengan sistem pengecasan seragam ini selepas tarikh tersebut.

“Pengguna Eropah akan dapat menggunakan satu pengecas untuk semua elektronik mudah alih mereka – satu langkah penting untuk meningkatkan kemudahan dan mengurangkan pembaziran.” Pesuruhjaya Thierry Breton, yang bertanggungjawab bagi Pasaran Dalaman.

Suruhanjaya Eropah menjangkakan pengguna akan menjimatkan sekitar €250 juta hasil pengurangan keperluan membeli pengecas baharu.

Selain itu, langkah ini dijangka akan dapat mengurangkan sisa elektronik sebanyak 11,000 tan setahun.

Peraturan itu turut menetapkan bahawa pengecas serasi mesti menawarkan prestasi pengecasan yang sama.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • EU Tetapkan Semua Telefon Pintar Dijual Dengan Bateri Mudah Diganti Bermula 2027
  • EU Arah Google Buka Android Kepada Pesaing AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
  • COROS PACE 4 Pro Dilancar 21 Oktober Ini, Skrin Lebih Besar, Bateri Tahan Lama
  • Pengguna Nothing Mula Terima Kemas Kini Nothing OS 5.0
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi, Cipta 'Sticker' Berbunyi
  • Microsoft Perkenal Maia 300 Dengan Memori HBM4 288GB
  • Microsoft Mula Guna Cip AI Sendiri Dalam Pusat Data, Perlu Tenaga Setara Beberapa Loji Nuklear
  • NVIDIA Dan Cisco Perkenal Format Sambungan Optik Baharu Berkelajuan Sehingga 12.8Tb/s
©2026 WISER.MY